Home » » Al Jabbar Herb "The Entrepreneur Herbs"

Al Jabbar Herb "The Entrepreneur Herbs"

Written By kall on Monday 16 July 2007 | 12:20




Mohd Kamaruzaman berguru di Indonesia sebelum mulakan perniagaan produk herba
KEIKHLASAN jelas tergambar pada raut wajah personaliti NadiBiz bagi mereka yang pertama kali bertemu dengannya.
Walaupun memiliki perniagaan produk berasaskan herba dengan jualan berjuta ringgit setahun, Mohd Kamaruzaman Che Hussain, Ketua Eksekutif Al-Jabbar Herbs Sdn Bhd masih mengekalkan kesederhanaan dalam semua aspek kehidupannya.

Mungkin, pengalaman mengharungi pelbagai kesukaran ketika baru bertapak dalam dunia perniagaan sembilan tahun lalu menjadikan beliau begitu.

Ketika memulakan perniagaannya, Mohd Kamaruzaman yang kini berusia 35 tahun pernah diperkecilkan kerana taraf pendidikannya yang hanya setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ramai juga yang meragui produk herba yang dihasilkannya. Namun berkat kesungguhannya, Al-Jabbar kini mengeluarkan 14 produk herba merangkumi produk kesihatan dan kecantikan yang bukan saja dipasarkan di seluruh Malaysia, tetapi juga di Indonesia dan Brunei.

Malah salah satu produk keluarannya, Jabbar Hidayah HB Plus, iaitu tonik untuk hati akan diuji secara klinikal di Pusat Penyelidikan Kimia, sebuah agensi di bawah Kementerian Kesihatan, bagi membolehkannya dikategorikan sebagai ubat moden, sekali gus dapat dipasarkan di pasaran global.

Bagi Mohd Kamaruzaman, melihat kepada kejayaannya hari ini, beliau bersyukur kepada Allah SWT kerana memberinya kekuatan menempuh pelbagai cabaran ketika memilih menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

Katanya, jika dikenang kembali zaman sukarnya dulu, mungkin orang lain tidak sanggup melaluinya.

Selepas melakukan pelbagai kerja sebaik menamatkan peperiksaan SPM, termasuk di bahagian hiasan hotel dan pembantu mekanik, beliau membuat keputusan pada 1996 untuk merantau sehingga ke Indonesia untuk belajar daripada beberapa pakar dalam bidang herba.

Namun selain wang yang terhad, adalah sukar untuk berguru dengan pakar herba kerana kebanyakannya menetap di kawasan terpencil.

"Menerusi maklumat daripada beberapa kenalan di Indonesia, secara berseorangan saya mencari mereka.

“Saya naik bas, berjalan kaki beberapa jam, panjat bukit dan terpaksa tidur di masjid. Sepanjang perjalanan itu pelbagai cubaan dan dugaan dihadapi," katanya sambil menambah dalam sibuk mencari pakar herba, pada masa sama, beliau turut mendalami pengajian agama.

"Saya bermuhasabah diri memohon petunjuk daripada Allah. Saya berdoa semoga hajat yang saya impikan tertunai,” kata bapa kepada tiga orang anak ini.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah selepas berdepan pelbagai kesukaran di Indonesia, dalam tempoh dua tahun lapan bulan, saya berjaya menemui formula bagi tonik Jabbar Hidayah HB Plus,” katanya.

Bagaimanapun sebelum menghasilkannya beliau turut mendapatkan pandangan dan nasihat pakar seperti doktor. Beliau juga meneliti hampir semua buku berkaitan herba bagi memastikan produk herba yang dihasilkannya adalah yang terbaik.

Maklum balas positif daripada pengguna tonik yang dihasilkannya menaikkan lagi semangat Mohd Kamaruzaman untuk membuka perniagaan produk berasaskan herba.

Dengan simpanan wang di bank dan lima tabung hasil daripada pelbagai kerja dilakukan selepas menamatkan SPM, beliau membuka perniagaan dengan nama Al-Jabbar, yang bermaksud perkasa.

Namun, bukan mudah untuk mengembangkan perniagaan kerana selain kekurangan sumber kewangan, beliau dipandang rendah kerana hanya berkelulusan SPM dan bukan profesor atau mempunyai tahap pendidikan sehingga doktor falsafah.

Begitupun, cabaran itu tidak melemahkan semangatnya kerana pengalaman masa silam banyak mengajarnya supaya bersabar dan terus berusaha sambil bertawakal kepada Allah.

Sokongan padu ibu bapa dan isterinya juga banyak membantu mengukuhkan semangatnya.

Meskipun perniagaannya kini sudah membuahkan hasil apabila produk semakin mendapat sambutan, Mohd Kamaruzaman menyifatkan perjalanannya masih jauh.

Baginya keputusan memilih perniagaan sebagai karier ternyata tidak sia-sia kerana ia bukan saja membantu meningkatkan taraf hidup keluarganya, tetapi pada masa sama dapat membantu orang lain.


FAKTA:

NAMA: Mohd Kamaruzaman Che Hussain
UMUR: 35 tahun
ASAL: Jalan Atas Paloh, Kota Bharu, Kelantan
JAWATAN: Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Al-Jabbar Herbs Sdn Bhd
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
ISTERI: Norsusilawati Mohd Akhir
ANAK: Putri Norhidayah (6), Putra Fakrusi Syakirin, (5) dan Putra Adam Haris (1)
SASARAN EKSPORT: Negara OIC sasaran jualan produk Al-Jabbar

4 comments:

Anonymous said...

Nie Semua FAKTA Auta..... mesin dr jisim 10 series aku bli 2 kali rosak x nak ganti. kali pertama rosak lepas ayh aku guna 4 hari. 2 mggu lebih kemudian d gantikn yg baru. Masuk sebln lebih guna rosak lagi! bila minta ganti dgn mesin dr jisim 5 series, wat x tau je sampai ari nie walaupn masih dlm tempoh jaminan 5thn. Mesin tersebut guna x sampai 3bln. Kuar iklan bkn main lg... abis semua org d tipunya! walaupn tlh d buat aduan pd tribunal, perintah thadap al jabbar perlu membayar semula wang RM12,500.00 dlm tempoh 14 ari, namun mereka masih berdegil utk menjelaskn wang tersebut! atau mereka nie nak aku masukkan dlm TV & facebook n then suh rakan2 fb share2 kan ceritakan ketidak jujuran syarikat mereka baru tau.

Unknown said...

qzz0623
air max 2017
furla handbags
uggs outlet
michael kors
swarovski outlet
michael kors
coach outlet online
kate spade outlet
oakley sunglasses
merrell shoes

Unknown said...

www0727



coach outlet
manchester united jersey
huf clothing
gucci outlet
polo outlet
burberry outlet
michael kors outlet
oakley sunglasses
mulberry handbags
clippers jerseys




jeje said...

jinyi827

Les allumettes peuvent être utilisées pour s'allumer, mais évitez air jordan 1 femme les pointes de soufre (frappez n'importe où) car elles auront aussi un goût fétide. Beaucoup pensent que la ligne de chaussures DC et d'autres de ce marché vont faire des progrès cette année et réduire les autres ventes sur le marché en 2011. La liste peut continuer encore et encore. Tout d'abord, il existe de nombreuses méthodes pour allumer un cigare, certaines mieux que d'autres, et certaines basket nike air max thea blanc femme ne devraient tout simplement pas essayer (croyez-moi, j'ai allumé mes stogies de manière à ne pas mentionner). Il appartient aux ophtalmologistes de se spécialiser à l'intérieur du cancer de l'œil, des soins oculaires pour les enfants, de la médecine vétérinaire ou de la reconstruction oculaire. Un autre besoin de voir des destinations à Paris est classé comme le Louvre - une personne de vos plus Air Jordan 13 France grands musées d'art à l'intérieur de la terre.