Home » » Pengusaha buah naga raih RM10,000 sebulan

Pengusaha buah naga raih RM10,000 sebulan

Written By kall on Saturday 21 June 2008 | 06:00


KONSEP pertanian sebagai perniagaan yang diuar-uarkan kerajaan nyata berjaya mendorong lebih ramai individu membabitkan diri dalam bidang itu dan menjadikannya cabang kerjaya dalam membina masa depan gemilang.

Stigma pertanian sebagai ketinggalan dan tiada potensi masa depan kian terhakis kerana ramai yang mengusahakan sektor itu kini berjaya muncul sebagai usahawan tani, hasil usaha tidak mengenal putus asa serta sokongan kerajaan.

Ada yang sudah meraih pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan melalui aktiviti dalam bidang pertanian yang dijalankan secara komersial dan bersaiz besar, termasuk pemuda berasal dari Kluang, Johor, Abdul Rahim Basri, 29, melalui projek tanaman buah naga di Kampung Pulau, Labu, dekat Seremban.

Melalui syarikatnya, Bumi Agriculture, Abdul Rahim membangunkan tanah terbiar seluas kira-kira 1.5 hektar pada 2006 untuk memperluaskan lagi aktiviti perniagaannya selepas melihat potensi buah itu yang mendapat sambutan amat menggalakkan di pasaran.

Lulusan bidang mekanikal dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini, berkata pertanian adalah aktiviti keusahawanan yang menguntungkan jika ia dilakukan secara komersial dan penuh komited.

Katanya, kawasan tapak projek itu disewa daripada penduduk setempat dengan kadar RM300 setahun bagi setiap 0.4 hektar dan memulakan projek dengan modal keseluruhan RM90,000, termasuk RM20,000 pinjaman dari Agrobank.

“Minat mula berputik untuk melaksanakan projek ini selepas menyedari ia amat berpotensi besar di pasaran dan mendapat permintaan tinggi. Malah, harganya juga memberangsangkan berbanding sesetengah buah-buahan tempatan lain.

“Walaupun memerlukan modal besar, kelebihan tanaman ini dan jangka hayatnya sehingga 50 tahun nyata menguntungkan untuk jangka masa panjang,” katanya, yang turut membabitkan diri dalam perniagaan teknologi maklumat (IT).

Abdul Rahim berkata, kaedah penggunaan bahan efektif mikro yang dihasilkan daripada kajian universiti tempatan selain baja asli organik bagi tujuan tumbesaran dan kawalan serangan serangga membolehkan hasil pengeluaran tanamannya mencapai kadar memuaskan.

“Kaedah kawalan secara biologi berbanding penggunaan bahan kimia memberi kesan baik kepada kawalan serangga perosak, sekali gus buah naga yang dihasilkan bermutu tinggi dan selamat untuk dimakan,” katanya, yang mampu meraih pendapatan sekitar RM10,000 sebulan hasil projek itu.

Walaupun tidak mempunyai pendidikan asas dalam bidang pertanian kecuali pernah mengikuti kursus sehari di Institut Pertanian Malaysia di Ayer Hitam Johor, beliau tidak menjadikannya penghalang untuk mengusahakan projek terbabit sebaik mungkin.

Katanya, pengalaman yang diperoleh melalui perkongsian pintar dengan usahawan lain banyak membantunya menguruskan projek itu dengan berjaya.

“Buah naga melalui projek ini pernah mendapat pengiktirafan sebagai Buah Naga Terbaik pada sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Negeri Sembilan 2007. Kebanyakan hasil ladang ini dipasarkan di pasar borong Selayang dan beberapa pasar tani di Shah Alam dengan harga antara RM6 hingga RM8 sekilogram.

“Sambutan setakat ini amat memberangsangkan, malah kadang-kala tidak mencukupi untuk menampung permintaan. Saya bercadang untuk membuka satu lagi kawasan tanaman buah naga di Batu 10 Labu dengan keluasan kira-kira empat hektar,” katanya.

Katanya, projek ladang terbaru itu dijangka dapat dimulakan dalam tempoh terdekat kerana infrastrukturnya sudah disediakan, malah beliau juga sudah memohon pinjaman RM100,000 dengan Agrobank.

Bapa kepada seorang anak berusia dua setengah tahun yang kini dibantu tiga pekerja menguruskan ladangnya, berkata syarikatnya turut mengeluarkan jus dan jem buah naga. Namun setakat ini pengeluarannya terhad antara 200 hingga 300 botol sebulan.

Beliau yang turut mendapat khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian Negeri Sembilan semakin yakin untuk memajukan lagi projek itu dan berhasrat memasarkan buah naga ke pasaran luar negara, terutama Singapura.

“Saya menyarankan generasi muda, termasuk lepasan universiti dan siswazah menganggur supaya mengikis tanggapan bahawa bidang pertanian tidak menjamin masa depan sedangkan ramai pengusaha sudah berjaya membuktikannya,” katanya.

3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum, saya pelajar Uitm Negeri Sembilan. Saya ingin bertanya, adakah artikel di atas kepunyaan tuan? Kami, seramai 5 orang, berhasrat untuk membuat lawatan ke ladang di dalam artikel ini untuk projek kami pada semester ini. Diharapkan pihak tuan dapat memberikan maklum balas secepat mungkin. Sekian, terima kasih..

Mrs Rebecca said...

Kami adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu orang yang memerlukan
bantuan, seperti bantuan kewangan. Jadi, jika anda akan melalui kewangan
masalah, jika anda mempunyai keadaan huru-hara kewangan dan anda memerlukan dana untuk
memulakan perniagaan anda sendiri atau anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang atau membayar
bil, memulakan perniagaan yang baik atau anda mendapati sukar
mendapatkan pinjaman modal dari bank-bank tempatan, hubungi kami hari ini melalui e - mail
rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com

 "Jadi, jangan biarkan peluang ini berlalu begitu sahaja,
Anda dinasihatkan untuk melengkapkan dan mengembalikan butiran di bawah ..

Nama awak: ______________________
Alamat anda: ____________________
Negara awak: ____________________
Tugas anda: __________________
Jumlah pinjaman yang diperlukan: ______________
Tempoh pinjaman: ____________________
Pendapatan bulanan: __________________
Nombor telefon: ________________
Adakah anda memohon pinjaman sebelum: ________________
Jika anda telah memfailkan pinjaman sebelumnya, di mana anda dirawat dengan jujur? ...

Bertindak cepat dan keluar dari tekanan kewangan, keadaan huru-hara, dan cabaran
hubungi REBECCA WILLIAMS LOAN FIRM hari ini melalui e - mail:
rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com

Unknown said...

www0727

canada goose jackets
nike shoes
malone souliers
pandora charms
soccer shoes
air jordan shoes
nike air max
canada goose outlet
g-star jeans
mulberry bags