Home » » Pernah menjadi pak guard dan mak guard untuk berjaya

Pernah menjadi pak guard dan mak guard untuk berjaya

Written By kall on Sunday 17 April 2011 | 22:12

Ruzaini cekal dek dugaan

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
BINCANG...kerjasama berpasukan penting bagi melancarkan urusan kerja.

BINCANG...kerjasama berpasukan penting bagi melancarkan urusan kerja.

DIA pernah menjadi pengawal keselamatan bersama suami di syarikatnya akibat tidak cukup

pekerja sewaktu hari raya beberapa tahun lalu sebelum berjaya membuka syarikat

keselamatannya sendiri.

Meskipun bergelar bos, itu bukan alasan untuk dia duduk di tempat berhawa dingin,

sebaliknya sedar usaha membangunkan perniagaan yang baru beroperasi memerlukan

pengorbanan.


  • Foto

    BANGGA...penat lelah menempuh pelbagai cabaran membuahkan hasil.

  • Foto

    KELUARGA BAHAGIA...Ruzaini bersama suami, Saleh Hudin Saliman dan anak.

  • Foto

    NADI UTAMA...sebahagian kakitangan Watanwaja Security Services Sdn Bhd.

Tidak terhenti setakat itu, dia turut menjadi penyelia, pengurus, pekerja, penyambut tetamu dan

kerani disebab-kan belum mampu menggaji pekerja.

Namun segala pengorbanan dan perit jerih berbaloi de­ngan tertubuhnya Watanwaja Security

Services (M) Sdn Bhd hasil kesungguhan wanita cekal, Ruzaini Halim.


“Sebenarnya lesen syarikat keselamatan hanya diberi kepada golongan Bumiputera,

disebabkan itu saya tidak lepaskan peluang. Waktu itu belum ramai membuka mata terhadap

bidang ini,”katanya memulakan perbualan.

Menurut Ruzaini, pada awalnya dia dan suami, Saleh Hudin Saliman bertindak sebagai pengarah

di Watanwaja bersama tiga pengarah lain yang masing-masing mempunyai 20 peratus

saham sebelum mengambil keputusan membeli semuanya.


“Saya dan suami sepakat membeli semua saham disebabkan yakin Watanwaja mempunyai

masa depan cerah, di samping lebih mudah membuat keputusan tanpa ada rasa tidak puas hati

daripada pihak lain.“Waktu itu keadaan sedikit kelam kabut apabila tiada pengurusan sempurna,

menyebabkan saya membuat semua kerja dalam satu masa.


“Letih memang tak dapat dibayangkan, namun demi minat dan perniagaan yang baru dijalankan,

saya pasrah,” kata ibu kepada lima cahaya mata ini.

Bercerita lanjut mengenai pengalaman menjadi pe­ngawal keselamatan, Ruzaini menjelaskan,

ia pengalaman yang tidak akan dilupakan sepanjang hayatnya.

Sewaktu orang lain sibuk balik kampung menyambut perayaan, dia dan suami terpaksa bekerja

demi memenuhi permintaan pelanggan.

“Sepatutnya ada pekerja ditugaskan, namun apabila tiba waktu dijanjikan mereka tidak

sampai seperti diharapkan. Mahu atau tidak, saya dan suami terpaksa menggantikan mereka.


“Saya anggap pengalaman itu sebagai permulaan sebelum sesuatu kejayaan dikecapi. Mana

ada orang yang mahu senang tidak melalui pengalaman memeritkan, apatah lagi mendapat

sokongan padu suami,” katanya optimis.

Foto


Sejak memulakan operasi pada 2000, Watanwaja menyediakan perkhidmatan kawalan

keselamatan sama ada bersenjata atau tidak bersenjata dan kini ada lebih 800 pekerja.


Saat ditanya mengapa memilih perniagaan kawalan keselamatan sedangkan lebih banyak

perniagaan lain yang sesuai dengan dirinya sebagai wanita, Ruzaini menjelaskan,

semuanya disebabkan minat dan galakan suami.

“Saya dilahirkan daripada keluarga yang menjadikan perniagaan sebagai sumber

pendapatan.Keluarga menjalankan perniagaan restoran dan kerap mendapat tender kantin

di sekolah.“Sejak itu minat saya hanya dalam bidang perniagaan serta berazam membina

empayar perniagaan yang boleh diwarisi anak, selain menjalankan fardu kifayah membantu

golongan memerlukan,”katanya yang berpe­ngalaman 10 tahun sebagai pengarah syarikat

dalam pelbagai bidang dan cabang perniagaan sebelum membuka Watanwaja.


Ditanya mengenai cabaran menjalankan perniagaan kawalan keselamatan, Ruzaini

memberitahu,dia dan suami tidak terkecuali apabila berdepan individu yang tidak

senang hati melihat kejayaannya.

“Biasalah orang Melayu, jika berniaga pasti ada hasad dengki. Namun itu sedikit pun tidak

mematahkan sema­ngat, malah dengan adanya ujian dan cabaran itu juga membuatkan

saya bertambah cekal.

“Saya masih ingat, tidak lama selepas membeli syarikat ini suami saya dilanggar lari

hingga koma 13 hari, selain pernah didatangi beberapa gengster di pejabat. Pada masa

sama ibu meninggal dunia.

“Bayangkan bagaimana perasaan saya waktu itu, namun saya bersyukur kerana

Tuhan mengurniakan kekuatan kepada saya menempuh cabaran dengan jayanya,

selain tidak pernah terdetik walau sedikit untuk mengalah,” katanya.


Dia turut meluahkan kekesalan apabila dipandang sinis sesetengah bank sewaktu mahu

membuat pinjaman memulakan perniagaan, kononnya tidak yakin dengan kemampuan

golongan Bumiputera.“Memang rasa sedikit terkilan apabila diperlakukan begitu. Saya

dan suami datang berserta kertas kerja dengan harapan mereka memberi peluang kepada

kami, namun hampa.

“Sekarang apabila syarikat sudah berkembang dan stabil, mereka pula sibuk menawarkan

pinjaman meskipun kami tidak mahu,” katanya yang berterima kasih

kepada keluarga kerana memberi bantuan modal waktu itu.

Ditanya tidakkah berasa bahaya membuka syarikat kawalan keselamatan yang menggunakan

senjata api sebagai peralatan utama, Ruzaini menjelaskan, dia sememangnya bersedia

fizikal dan mental menghadapi sebarang kemungkinan.


“Untuk mendapatkan senjata api, kami memerlukan kelulusan daripada Polis Diraja

Malaysia (PDRM) sama ada layak atau tidak mendapatkan lesen. Pelbagai aspek

dititikberatkan, termasuk mempunyai tempat sesuai menyimpan senjata.


“Ia tidak boleh disimpan di tempat sebarangan. Kos membuat tempat khas saja

mencecah RM100,000 selain diawasi orang kepercayaan dan tidak boleh dipandang

sambil lewa. Ini disebabkan jika berlaku kejadian tidak diingini, syarikat yang

dipertanggungjawabkan,” katanya.

Antara lokasi yang mendapat perkhidmatan kawalan keselamatan Watanwaja

seperti sekolah, kilang,hospital,

kaunter dan pusat pembinaan. Pegawai keselamatan mereka turut dihantar menjalan

latihan asas sebelum memulakan tugas.


“Ia perkara wajib sebelum bergelar pegawai keselamatan. Kementerian Dalam Negeri

(KDN) akan memantau setiap calon sebelum dibenarkan menjalani latihan,” kata

pengumpul jerami terbesar negeri Selangor ini.


PROFIL

NAMA: Ruzaini Halim
UMUR: 49 tahun
ASAL: Singapura
JAWATAN: Pengarah Urusan Watanwaja Security Services (M) Sdn Bhd; Watanwaja

Agrofarm (M) Sdn Bhd,Watanwaja Feedmill (M) Sdn Bhd dan Watanwaja Biotech (M) Sdn Bhd

SUAMI: Saleh Hudin Saliman
ANAK: Syafiruz Afira (26); Syafiruz Adila (22); Mohd Syafirul Zarif (20), Mohd Syafirul Zuhir (18)

dan Syafiruz Afiza (16)

MENYENTUH persepsi masyarakat yang masih memandang rendah pekerjaan

pengawal keselamatan dan dikatakan menjadi pilihan akhir selepas tidak mendapat

pekerjaan dimahukan, Ruzaini mempunyai pendapat sendiri.

Dia yang mempunyai lebih ramai pekerja berbangsa Nepal berbanding tempatan

ada alasan berbuat demikian. Bukan tidak pernah mencuba, tetapi setiap kali peluang

diberi hasilnya mengecewakan.“Rakyat tempatan meng-anggap pekerjaan pengawal

keselamatan sebagai ‘low class’ dan kononnya tiada standard, sedangkan mereka tidak

tahu ia ada banyak aspek yang boleh dipelajari.


“Pernah satu ketika depan saya mereka selamba menghisap ganja tanpa perasaan

bersalah meskipun baru dua hari bekerja.

“Bukan itu saja, ada juga yang baru masuk kerja petang sudah melarikan diri,”

katanya yang kesal dengan kelakuan sebilangan rakyat tempatan yang memandang

enteng pekerjaan pengawal keselamatan.Katanya, mungkin masyarakat tempatan

cepat berasa selesa dengan apa dikecapi, sebagai contoh jika tidak bekerja, mereka

ada ibu bapa yang masih mampu menanggung dan memberi sesuap nasi.

Situasi ini berbeza dengan warga asing yang lebih menghargai sesuatu

pekerjaan diperoleh disebabkan di negara mereka susah mendapatkan wang

di samping faktor kemiskinan dan kemunduran.

Menurutnya, masyarakat harus buka mata dan minda mengenai pekerjaan

pengawal keselamatan.

Katanya, meskipun hanya duduk di sesebuah bangunan atau tempat, pekerjaan

itu turut mencabar jika berlaku sesuatu kejadian tidak diingini.


“Tugas paling berat saya adalah mengubah persepsi masyarakat mengenai

pekerjaan ini selain memberi pendedahan bahawa tugas sebagai pengawal keselamatan

juga mempunyai masa depan cerah. “Sebagai contoh, gaji pengawal keselamatan

kini hampir sama dengan pegawai kerajaan dan setanding pekerja swasta lain,”

katanya yang mengimpikan mahu membuka pusat tahfiz satu hari nanti.

2 comments:

Unknown said...

www0702
stussy clothing
mbt shoes
prada handbags
air jordan 4
polo ralph lauren
kobe 9
cazal sunglasses
adidas soccer shoes
ferragamo outlet
ugg outlet











jeje said...

jinyi827
adidas zx flux k w chaussures rose Un contact air jordan 1 france plus propre a également été mis en lumière dans cette nouvelle conception avec acheter nike air flight huarache premium la chambre à semelle variable Variable - plus plate chaussures nike homme running sur les clubs de golf plus longs pour des nike air jordan future low mensonges plus serrés et plus grande sur Air Jordan 4 Baskets de plus grands lofts - pour guider le club par air france office in jordan impact sans perturbation du gazon. Faire cet exercice adidas zx 850 aluminium est un bon soulagement pour les douleurs au pied baskets nike zoom pegasus 31 et au bas du dos. L'empeigne synthétique offre un soutien air jordan homme promo durable.