Home » » Minat mendalam, kerja keras

Minat mendalam, kerja keras

Written By kall on Wednesday, 13 April 2011 | 01:08

TARUHAN...antara produk Avon yang mendapat sambutan memberangsangkan.
TARUHAN...antara produk Avon yang mendapat sambutan memberangsangkan.

BUKAN mudah me�ngubah nasib jika tidak mempunyai keazaman yang kuat untuk berjaya. Alasan itu menjadi pegangan kukuh penerima Anugerah Penjual Nombor Satu Negara Avon peribadi dan kumpulan, Sharmila Ismail, 35, untuk berjaya dalam perniagaan berasaskan produk kecantikan berkenaan.

Ibu kepada empat anak itu sanggup menukar kerjaya bermula daripada pembantu kedai kasut, kerani stesen

  • Foto

    RAI...Mansoor (dua dari kanan) bersama penerima anugerah, Sarmila (kiri) dan Kam (dua dari kiri) serta duta produk bergambar kenangan sempena sambutan 125 tahun Avon.

  • Foto

    FAZURA...Duta Avon.

minyak dan pegawai akaun untuk mengambil keputusan menjadi suri rumah sepenuh masa. Ketika itu dia memikirkan untuk memberi fokus kepada penjualan barangan kosmetik Avon atas alasan inginkan kerjaya mantap, tetapi pada masa sama, memberi perhatian terhadap rumah tangga.

“Bertitik tolak dari situ, ia membuahkan kejayaan apabila jualan saya mencecah RM350,000 tahun lalu iaitu jumlah tertinggi pernah saya hasilkan.

“Antara usaha mendalami selok-belok membina perniagaan ini, saya perlu bijak memikat pelanggan atau ‘downline’ supaya kekal dalam kalangan Wakil Avon Terbaik,” kata Pengarah Unit Daerah Avon ini ketika diraikan syarikat berkenaan sempena 125 tahun produk kecantikan itu di ibu negara, baru-baru ini.

Menurutnya, Avon membawanya ke beberapa negara seperti Britain, Perancis, Jepun dan Turki serta bakal ke Los Angeles, Amerika Syarikat tahun ini.

Rahsia kejayaan sama turut dikongsi bersama pemenang Pemimpin Jualan Nombor Satu Negara, Kam Poh Yen, 40, dari Perlis.

Kam akui, bidang kosmetik itu berjaya mengubah kehidupannya daripada hanya memiliki motosikal kepada keadaan serba mewah atas kesungguhannya.

“Menerusi peluang diberikan Avon menerusi pinjaman tanpa cagaran, saya memanfaatkan sepenuhnya kredit yang diberi.

“Pada saya, cagaran terbaik adalah diri sendiri iaitu perlu bekerja keras. Atas bimbingan diberikan saya menguatkan semangat untuk bekerja keras sehingga melayakkan diri memperoleh apa yang dinikmati sekarang.

“Melihat kesungguhan saya sehingga taraf hidup berubah, suami kini turut menyokong pembabitan saya. Menerusi Avon, ia membawa saya ke Switzerland dan tahun ini ke New Zealand selain meraih kereta mewah yang tidak pernah saya impikan untuk memiliki�nya,” katanya.

Bukan hanya mereka yang berjaya dalam jualan produk diraikan sempena sambutan berkenaan, pekerja setia serta tenaga kerja yang semuanya menyumbang ke arah unjuran syarikat turut diraikan syarikat berkenaan dengan memilih tema Avon 125 Tahun Meraikan Wanita.

Presiden Avon Malaysia, Mansoor Wan Abdullah, berkata menerusi 450,000 wakil penjual Avon di seluruh negara, 180 rangkaian butik francais serta suntikan modal sehingga RM70,000 untuk memulakan perniagaan, menjadi pemangkin kepada ramai wanita untuk menjana pendapatan lebih bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Antara pekerja setia turut diraikan ialah Dayang Sofia Shahadan, 37, yang menaburkan baktinya lebih 15 tahun di syarikat berkenaan.

Dia bermula dari bawah sebagai kerani, namun bangga diberi peluang meningkatkan kemahiran dan kini bertugas di bahagian undang-undang.

“Saya membangunkan kerjaya di dalam syarikat dan bergerak dari satu jabatan ke jabatan lain tetapi diberi peluang mengembangkan potensi diri. Motivasi diberikan pihak atasan mengubah persepsi dan sikap ke arah positif.

“Banyak yang saya pelajari daripada pemerhatian dan pengalaman ini untuk memanfaatkan yang terbaik buat diri dan turut mengamalkan nilai sama untuk keluarga di rumah.

“Tentunya saya juga bangga apabila dihargai syarikat dan sentiasa berusaha memberi yang terbaik kepada syarikat,” katanya yang dianugerahkan Etika Perniagaan Avon.

Mendapat anugerah sama, Mazni Mohd Zain, 43, yang bertugas di bahagian akaun mengakui seronok bekerja di sebuah syarikat jualan langsung yang merangkumi pelbagai produk kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki itu.

Katanya, paling seronok bekerja seperti keluarga besar tanpa sebarang tekanan sehingga tidak menyedari sudah menabur bakti lebih 20 tahun di syarikat berkenaan.

Tempoh itu juga memboleh�kannya menimba pelbagai pengalaman berguna serta sentiasa menjaga penampilan sesuai dengan minatnya yang sukakan aspek kecantikan.

Selebriti yang juga pengacara TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain yang mengikat kontrak selama setahun sebagai duta mempromosikan alat mekap Avon Color, mengakui ia memberi keuntungan berganda kepadanya.

Membesar dengan Avon Cosmetics sejak di kolej membuatkan dia semakin yakin kini untuk bergerak aktif kerana produk itu sentiasa menemaninya ke mana saja.

Pelakon terkenal, Nor Fazura Sharifuddin yang menjadi duta haruman Avon mengakui produk berkenaan mempunyai kelebihan tersendiri kepada kebanyakan mereka yang mementingkan aspek kecantikan.