Pilihan Anda
Walaupun tak bertudung, Dyana tak seksi - Pas
TELUK INTAN, 25 Mei: PAS mempertahankan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang mendedahkan aurat dan menegaskan ia tidak sepatutnya menjadi isu utama.
Ahli Jawatankuasa PAS, Khalid Samad berkata calon pilihan DAP yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan adalah yang terbaik.
“Dari segi hukum, aurat adalah wajib. Tetapi, dia (Dyana) menzahirkan cara pemakaiannya yang cuma tidak bertudung.
“Bezanya, Dyana berada dalam DAP dan dia sentiasa menjaga penampilan di khalayak ramai,” kata Khalid yang juga anggota Parlimen Shah Alam kepada The Rakyat Post.
Menurut Khalid, sokongan parti itu terhadap kempen Dyana memberi isyarat bahawa kemenangan wakil DAP itu nanti akan memberi kelebihan kepada PAS.
“Kemenangan ini akan membawa seorang wakil DAP bersama PAS dan PKR di dalam parlimen. Kita bawa isu rakyat seperti GST.
“Berbanding dengan calon BN, Datuk Mah Siew Keong, jika dia menang, dia akan sokong dasar-dasar kerajaan sedia ada,” katanya.
Ujarnya, PAS tidak ada halangan kepada anak muda Melayu untuk menyertai politik DAP.
“PAS tidak ada masalah untuk anak Melayu masuk DAP. Parti itu mahu buktikan bahawa ia bersifat terbuka kepada semua kaum, tidak seperti MCA di mana khas untuk kaum Cina,” katanya.
Pertandingan PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu pada 31 Mei ini.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page

0 comments:
Post a Comment