Pilihan Anda
'Dyana Sofya jangan nak panda-pandai' - Tunku Aziz
APA mimpi DAP begitu teruja meletakkan calon Melayu untuk mewa-kili suara partinya di kerusi Parlimen Teluk Intan?
Mengapa secara tiba-tiba sahaja DAP begitu mengagungkan calonnya itu sedangkan suara Melayu atau India dalam parti itu tidak pernah didengar? Jangan kita lupa, Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh juga sekadar boneka dalam parti.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan tindakan meletakkan Dyana Sofya mempunyai mesej tersirat untuk mereka (DAP) menyampaikan agenda parti dalam hal-hal berkaitan Islam dan Melayu.
Beliau bagaimanapun tidak pelik dengan strategi DAP itu kerana pernah 'terperangkap' dengan cara halus untuk mengaburi umum khususnya masyarakat Mela-yu dan Islam kononnya DAP tidak cauvinis Cina ataupun perkauman.
"Saya pernah dijadikan 'alat' oleh mereka, saya seperti jurucakap kepada semua agenda tersembunyi mereka. Tetapi mungkin kerana saya lebih bijak, saya dapat mengesan perbuatan mereka dengan cepat.
"Hanya tiga bulan, saya sudah memahami tindak-tanduk mereka. Saya hanya bertahan selepas itu kerana dipujuk oleh ko-nonnya sahabat karib, Lim Kit Siang untuk terus tinggal dalam DAP.
"Walaubagaimanapun, saya berterusan menentang mereka dari dalam sehingga mereka tidak tahan dengan kerenah saya dan bertindak cuba 'menghalau' saya. Saya ha-nyalah 'ejen' untuk mereka. Orang Melayu dalam parti itu hanyalah alat untuk mereka.
"Saya langsung tidak teragak-agak dengan pilihan Melayu mereka kali ini juga. Tidak ada apa-apa yang istimewa dengan calon DAP Teluk Intan itu kecuali dirinya adalah Melayu dan Islam yang mendengar setiap kata-kata bosnya. Samalah dengan saya, cumanya saya tidak akan sesekali bertolak ansur dalam perkara yang membabitkan kepen-tingan Islam dan Melayu sampai bila-bila," katanya kepada penulis di kediaman beliau di Bandar Sri Damansara.
Jelas Tunku Aziz, beliau langsung tidak terkejut dengan setiap tindakan calon DAP itu yang mempersoalkan kepentingan orang Melayu dan Islam kerana kesemua itu bukanlah kehendak atau suara hati calon terbabit, sebaliknya adalah apa yang di kehendaki oleh 'tokong-tokong' dalam parti itu.
Kata beliau lagi: "Sekiranya orang Cina yang mempersoalkan kepentingan orang Mela-yu, maka semua orang Melayu akan bangkit kemarahan. Sekiranya 'mempergunakan' orang Melayu untuk mempersoalkan hak orang Melayu, apakah yang akan berlaku? Berlaku perpecahan dalam kalangan kita. 'Orang' lain akan menari dalam kegembiraan.
"Tolong cakap dengan saya semua ini tidak benar? Mengapa calon DAP itu tidak habis-habis mempersoalkan perkara yang berkaitan dengan orang Melayu? Saya tidak faham, tolong betulkan kefahaman saya. Saya juga ada mendengar dia (Dyana Sofya) membuat perbandingan antara saya dan dirinya dalam DAP. Jika dia tidak tahu kebenaran, saya minta dia tutup mulut. Jangan memandai-mandai bercakap jika tidak tahu apa-apa," tegasnya.
Nada sama turut dikongsi oleh Ketua Wanita MIC, Mohana Muniandy, yang menurutnya calon DAP itu hanya sekadar boneka yang didatangkan khas untuk memastikan kemenangan DAP, bukannya untuk membawa apa-apa kebaikan kepada penduduk di Teluk Intan.
"Saya berasa sangat kecewa dan marah. Ke mana sahaja pergerakan calon DAP itu diikuti rapat oleh Kit Siang, segala persoalan yang diajukan kepadanya perlu mendapat restu Kit Siang terlebih dulu.
"Persoalan yang ada dalam kepala saya, adakah beliau akan terus dikawal oleh Kit Siang? Jika benar, mengapa tidak Kit Siang sahaja yang bertanding di Teluk Intan? Kit Siang lagi fasih dalam mengendalikan perkara sebegitu. Saya hairan, walaupun sudah menjangkau lebih 70-an, dia masih sukakan kuasa. Ini bukan UBAH namanya.
Menurut Mohana, pengundi India akan menjadi 'king maker' atau memegang kunci dalam menentukan parti mana yang bakal menang di Teluk Intan Sabtu ini.
Dengan majoriti daripada 42 pe-ratus penduduk Cina dan 38 peratus pengundi dijangka menyokong BN, pengundi India kini akan menentukan sebarang peralihan sokongan buat kedua-dua parti.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); Mengapa secara tiba-tiba sahaja DAP begitu mengagungkan calonnya itu sedangkan suara Melayu atau India dalam parti itu tidak pernah didengar? Jangan kita lupa, Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh juga sekadar boneka dalam parti.

0 comments:
Post a Comment