Home » » Derita Ibu Dyana Bermula Selepas Kelahiran Dyana

Derita Ibu Dyana Bermula Selepas Kelahiran Dyana

Written By kall on Thursday, 22 May 2014 | 07:31


Akak Dibalik Pintu

Derita Ibu Dyana Bermula Selepas Kelahiran Dyana

                         
Siapa sangka, seorang ibu yang memendam derita selama lebih 27 tahun akibat dari penghinaan oleh parti sendiri, buat pertama kali mampu mengukir senyum kegembiraan.

Dalam keadaan suasana gembira penyokong-penyokong Pakatan Rakyat menyambut pengumuman calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Isnin lalu, penulis tertarik pada perwatakan seorang wanita yang sedang duduk di bangku di satu sudut.

Beliau yang bertudung hitam berbaju ungu, duduk sambil memerhati anak gadisnya yang menjadi perbualan ramai sejak kebelakangan ini.

Terkadang dapat dilihat tangannya mengesat mata yang terlindung disebalik kaca mata hitam yang dipakainya.

"Assalamualaikum makcik," sapaku ketika menghampirinya.

"Walaikummussalam," jawab beliau sambil memandang atas bawah kepadaku.

"Makcik ni Yammy Samad, ibu kepada Dyana Sofya kan? Boleh saya duduk?, " soalku sambil memperkenalkan diri.

Dia hanya mengangguk.

"27 tahun akhirnya doa makcik dimakbul olehNya, terubat derita hati ini," katanya secara tiba-tiba sambil matanya memerhati anak gadisnya di atas pentas yang menjadi sasaran lensa kamera.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
"Derita 27 tahun, kenapa makcik," soalku mahukan kepastian.

"Makcik melahirkan Dyana Sofya pada 29 Disember 1987, waktu tu makcik aktif dan memegang jawatan di dalam Umno," jelasnya.

"Makcik dulu orang kuat Umno, bertugas di Pejabat Perhubungan Umno Perak dari 1974 hingga 1987. Jawatan tertinggi yang makcik pegang adalah Setiausaha Umno Bahagian Ipoh Barat.

"Waktu itu siapa yang tak kenal makcik, kalau orang-orang lama Umno Perak mahupun pusat pasti kenal siapa makcik, namun segalanya berubah selepas makcik melahirkan Dyana," jelasnya membuatkan aku lebih teruja untuk bertanya.

"Apa yang berlaku makcik, apa kaitannya dengan Dyana dan sekarang,"soalku.

                                   
                                    Gambar Dyana ketika kecil yang dikongsikan ibunya

"Selepas melahirkan Dyana, makcik bercuti pantang 60 hari. Penghinaan berlaku terhadap makcik ketika makcik ingin mula bertugas selepas bercuti pantang.

"Makcik tidak akan lupa, penghujung Februari 1988 ketika makcik ingin memulakan tugas dan waktu menaiki pejabat Umno Bahagian makcik telah dihalang dan dimaklumkan bahawa khidmat makcik dihentikan serta merta.

"Makcik sendiri tidak tahu apa sebabnya dan kenapa Umno ketika itu mengambil tindakan sedemikian, makcik dihina sedemikian rupa sedangkan sudah banyak tenaga yang makcik curahkan kepada Umno bagi memastikan parti itu terus kukuh.

"Memang betul bukan makcik seorang yang menaikkan Umno di Perak ketika itu, semua membantu tetapi setidak-tidaknya kita sama-sama membantu," jelas beliau.

Menarik, rupanya ada peristiwa pahit disebalik kegembiraan hari ini, bisik hati ku..

"Ketika itu Allah sahaja yang tahu betapa malu dan hinanya makcik. Mereka kata sebab makcik menyokong Tengku Razaleigh Hamzah.

"Pada saat dan ketika itulah, makcik berdoa dan tekad bahawa anak (Dyana) yang baru berumur lebih kurang 70 hari itulah akan menentang parti yang menghina makcik.

"Alhamdullilah hari ini doa makcik dimakbulkan, bukan makcik anggap ini dendam tetapi makcik nak ingatkan apa yang berlaku ini bukan disebabkan Dyana tetapi kesilapan orang-orang dulu yang lama di dalam Umno," katanya sambil mengesat air mata.

Dyana adalah anak ketiga daripada empat adik-beradik. Beliau merupakan anak perempuan tunggal pasangan Mohd Daud Ismail dan Yammy Samat .

Gadis ini juga mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Kuala Lumpur, sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan menerima ijazah Sarjana Undang-Undang pada tahun 2010.

Nama Dyana buat masa ini mungkin bukan asing lagi kepada penduduk negara ini khususnya warga Teluk Intan.

Beliau merupakan gadis Melayu berumur 27 tahun diangkat oleh sebuah parti yang dikatakan rasis, DAP bagi mewakili Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya Kecil itu.

Setiap hari, hampir semua media memaparkan foto beliau yang tidak lekang dengan senyuman, malah turut menjadi perhatian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang turut berpesan agar tidak terlalu obses dengan calon DAP itu dengan pesanan pilihan raya kecil 'bukan pertandingan ratu cantik'.


MUHAMMAD FAIZAL


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


0 comments: