Pilihan Anda
Ibu mangsa rogol dipukul bapa tertuduh
LUCKNOW: Ibu kepada seorang mangsa rogol di India dipukul oleh bapa tertuduh selepas keluarga itu enggan menarik balik dakwaan terhadap anak lelakinya, kata polis semalam.
Wanita berkenaan, yang namanya tidak boleh disiarkan atas alasan undang-undang, kini berada di hospital akibat sakit teruk selepas beberapa tulang patah dalam serangan di rumah keluarganya di daerah Etawah di Uttar Pradesh.
Bapa tertuduh ditahan dan polis berkata mereka masih memburu beberapa suspek yang dituduh terbabit dalam serangan ke atas ibu mangsa pada 26 Mei lalu.
“Bapa perogol ditahan pasukan kami pagi ini. Tertuduh lain akan ditangkap tidak lama lagi,” kata ketua polis tempatan, R K Chaturvedi.
Menurut saluran NDTV, wanita berkenaan diserang di padang berhampiran rumahnya oleh lima lelaki yang cuba mendesak beliau supaya menarik balik laporan dakwaan.
Berita serangan itu disiarkan tatkala kemarahan orang ramai di Uttar Pradesh, negeri terbesar di India, berhubung kematian dua gadis remaja awal minggu ini yang ditemui tergantung di pokok selepas dirogol beramai-ramai.
Polis berkata semalam, tiga orang termasuk seorang anggota polis berpangkat konstabel, ditahan berhubung serangan ke atas kedua-dua sepupu, berusia 14 dan 15 tahun, yang ditemui tergantung Rabu lalu.
Pegawai kanan polis, Mukul Goel, berkata pihaknya masih belum menentukan sama ada mangsa membunuh diri atau digantung sebagai cara mendiamkan mereka selepas dirogol.
“Cuma menerusi siasatan polis akan mengesahkan sama ada mereka dibunuh atau membunuh diri,” katanya. – AFP
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); Wanita berkenaan, yang namanya tidak boleh disiarkan atas alasan undang-undang, kini berada di hospital akibat sakit teruk selepas beberapa tulang patah dalam serangan di rumah keluarganya di daerah Etawah di Uttar Pradesh.
Bapa tertuduh ditahan dan polis berkata mereka masih memburu beberapa suspek yang dituduh terbabit dalam serangan ke atas ibu mangsa pada 26 Mei lalu.
“Bapa perogol ditahan pasukan kami pagi ini. Tertuduh lain akan ditangkap tidak lama lagi,” kata ketua polis tempatan, R K Chaturvedi.
Menurut saluran NDTV, wanita berkenaan diserang di padang berhampiran rumahnya oleh lima lelaki yang cuba mendesak beliau supaya menarik balik laporan dakwaan.
Berita serangan itu disiarkan tatkala kemarahan orang ramai di Uttar Pradesh, negeri terbesar di India, berhubung kematian dua gadis remaja awal minggu ini yang ditemui tergantung di pokok selepas dirogol beramai-ramai.
Polis berkata semalam, tiga orang termasuk seorang anggota polis berpangkat konstabel, ditahan berhubung serangan ke atas kedua-dua sepupu, berusia 14 dan 15 tahun, yang ditemui tergantung Rabu lalu.
Pegawai kanan polis, Mukul Goel, berkata pihaknya masih belum menentukan sama ada mangsa membunuh diri atau digantung sebagai cara mendiamkan mereka selepas dirogol.
“Cuma menerusi siasatan polis akan mengesahkan sama ada mereka dibunuh atau membunuh diri,” katanya. – AFP
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
1 comments:
replica ysl bags australia replica bags philippines wholesale replica bags cheap
Post a Comment