Pilihan Anda
Tengku Abdullah Presiden Baru FAM
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini dipilih sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi sesi 2014-2018 pada Kongres Tahunan FAM ke-50.
Baginda memperoleh undi majoriti dua pertiga selepas pengundian semula diadakan dengan jumlah 27 undi, manakala pencabar baginda Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendapat 12 undi.
Pada pemilihan yang bermula 11.15 pagi, 39 perwakilan menunaikan tanggungjawab memilih 17 calon untuk mengisi jawatan presiden, timbalan presiden (dua), naib presiden (empat) dan 10 anggota jawatankuasa eksekutif termasuk dua wanita.
Pada undian pusingan pertama, Tengku Abdullah memperoleh 24 undi manakala Tunku Ismail memperolehi 15 undi.
Menurut artikel 39.2, bagi pemilihan jawatan presiden, dua pertiga undian direkodkan dan disahkan dalam undian pertama - 50 peratus ditambah satu undi sudah memadai.
"Jumlah 39 undi memerlukan dua pertiga majoriti iaitu 26 undi. Oleh itu, kita adakan undian sekali lagi untuk jawatan presiden sahaja," kata Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, yang juag pengerusi kongres berkenaan.
Sementara itu, bagi jawatan Timbalan Presiden FAM pula, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), yang juga pengurus pasukan Harimau Muda Datuk Seri Afandi Hamzah dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Abdul Mokhtar Ahmad dipilih dengan masing-masing memperoleh 27 dan 26 undi.
Empat jawatan Naib Presiden FAM dimenangi Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Presiden Persatuan Bola Sepak Perak), Datuk Rozabil Abdul Rahman (Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis), Datuk Sudarsono Osman (Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak) dan Datuk Takiyuddin Hassan (Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia).
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page

0 comments:
Post a Comment