Home » » Mana Staf Klinik 1 Malaysia??

Mana Staf Klinik 1 Malaysia??

Written By kall on Monday, 26 May 2014 | 06:34


Akak Dibalik Pintu

Mana Staf Klinik 1 Malaysia??

                                                     
Seorang pengguna Facebook mendakwa, kunjungannya ke sebuah Klinik 1Malaysia pada Jumaat, 23 Mei lalu untuk mendapatkan rawatan kesihatan hampa.

Walaupun solat Jumaat sudah lama berakhir, tiada kakitangan mahu pun notis rehat ditampal untuk pemberitahuan manakala pintu klinik tidak pula tidak berkunci.

Pengadu menyatakan dia cuba memanggil namun tiada yang menyahut. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk menunggu hampir setengah jam sebelum beredar kerana tidak ada kakitangan yang masuk bekerja.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
Apabila aduan ini tersebar di laman sosial, pelbagai komen diterima namun rata-rata menyalahkan pengadu kerana tidak sabar menunggu.

                          

Ada antaranya memberi komen, kakitangan wajar untuk berehat kerana klinik biasanya hanya meletakkan satu kakitangan yang terpaksa bekerja 12 jam sehari, tanpa waktu rehat yang digazetkan.

                         

Benarkah begitu?

Apa pun dalam kes melibatkan pengadu, kakitangan bertugas sepatutnya meletakkan notis jika ia adalah waktu rehat. Jadi tidak ada salah faham berlaku.

Memanglah ada yang berkata pergi sahaja klinik swasta jika mengharap perkhidmatan lebih baik tapi perlu diingat, Klinik 1Malaysia adalah salah satu usaha murni kerajaan untuk kebajikan rakyat.

Justeru ia adalah hak rakyat negara ini untuk menggunakannya dan walau caj perubatan sekadar RM1 ia bukan tiket untuk memberikan perkhidmatan sambil lewa.



 – REM RAMZI 



innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


0 comments: