Akak Dibalik Pintu
Sedekah Cara Baru
JEDDAH 17 Mei - Seorang lelaki di Arab Saudi memperkenalkan cara baharu untuk orang ramai bersedekah apabila menempatkan sebuah peti sejuk khas untuk golongan yang kurang bernasib baik di sebuah jalan raya di bandar Hail.
Malah, gambar peti sejuk tersebut yang diletakkan di bahu jalan itu tersebar dengan pantas di laman-laman sosial seperti Twitter dan Facebook selain turut dilaporkan media antarabangsa termasuk stesen televisyen BBC.
Lelaki itu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, peti ais itu berfungsi apabila penduduk di sana meletakkan makanan berlebihan di dalam peti ais itu yang boleh diambil oleh golongan kurang bernasib baik.
Seorang pengguna Twitter, Sheikh Mohammad Al-Araifi menerusi akaunnya melahirkan penghormatannya terhadap lelaki dari Hail itu kerana secara tidak langsung melakukan kerja amal.
innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
“Lelaki ini telah mengajar kita pengajaran berguna supaya tidak membazirkan makanan. Ia merupakan cara mudah yang boleh dimulakan mana-mana pihak daripada membuang makanan itu ke dalam tong sampah," kata Abdulaziz Ahmed, sebagaimana lapor Arab News.
Sementara itu, beberapa penduduk Arab Saudi sejak berita itu disiarkan berikrar mengambil langkah sama dengan meletakkan peti sejuk mereka di lorong-lorong dan di hadapan masjid tempatan.
“Pembuangan makanan berlebihan sering berlaku di sini terutamanya ketika Ramadan," kata seorang peniaga, Saleh Shamawi.
Penduduk Arab Saudi sebelum ini pada Ramadan akan menyumbangkan makanan ke masjid dalam usaha mengurangkan fenomena meminta sedekah.
Malah menurut media antarabangsa, idea itu telah mendapat populariti di kalangan penduduk di negara-negara asing.
innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";
0 comments:
Post a Comment