Akak Dibalik Pintu
Cik Ta Hamil Tua,Suruh Peminat Pakai Kanta
Sungguh...baca segmen dari Kosmo ni buat akak gelak guling-guling..
Geli hati sungguh ngan gelagat Cik Ta sejak dia mengandung ni...
Barannya tak menentu...agaknya faktor kerana hamil tua kot...
Untuk tahu kisah selanjutnya....
Baca artikel ini dibawah
innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY"; SEJAK berkahwin, pelakon Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin tidak lekang daripada kontroversi. Bermula dengan kisah kereta mewah anaknya sehingga gambar atas katil serta terbaharu gambar didakwa bercium ketika bercuti di Paris menjadi bahan kritikan peminat di akaun Instagram miliknya.
Bahkan warna rambut perang Zain juga menjadi bahan kritikan peminat sehingga Rozita meninggalkan komen di Instagram untuk memperbetulkan fakta buat peminat yang menghentam suaminya itu.
Sudah lali dengan kontroversi, baik Rozita mahupun Zain menganggap memuat naik sebarang gambar di akaun Instagram mereka adalah hak peribadi mereka.
Meskipun banyak kali dikritik peminat, mereka memilih untuk tidak mengambil kisah dengan kontroversi yang tercetus dan akan terus memuat naik gambar di akaun Instagram seperti biasa.
Kosmo! menghubungi Rozita sehari selepas dia pulang daripada percutiannya dan mengakui cukup terkejut dengan perhatian yang diberi peminat terhadap gambar di Paris itu.
Ikuti temu bualnya bersama Kosmo!.
Kosmo!: Adakah Rozita sedar bahawa gambar kalian bercuti di Paris menimbulkan kontroversi apabila anda dan Zain didakwa bercium?
ROZITA: Saya tahu apabila terdapat banyak kritikan mengatakan saya dan Zain bercium. Orang buta kalau lihat gambar itu pun tahu saya tidak bercium. Sebaliknya, kami hanya ambil gambar pandang suami saya dengan jarak yang cukup dekat. Kalau tidak nampak, sila pakai kanta.
Ini bukan kali pertama anda dan suami dikritik kerana sekeping gambar. Adakah anda serik untuk memuat naik gambar di Instagram selepas ini?
Tidak, sebab itu akaun saya dan hak saya untuk memuat naik sebarang gambar sekalipun. Jika tidak suka mereka ada pilihan untuk tidak mengikut saya di Instagram. Saya sendiri tidak faham kerana kami tidak bercium pun orang boleh bikin kontroversi seperti ini.
Adakah benar anda didakwa memaki peminat di Instagram gara-gara peminat menegur rambut perang Zain?
Saya ingin betulkan fakta. Saya tidak pernah memaki peminat, sebaliknya saya hanya meninggalkan komen untuk menjelaskan mengapa Zain mewarnakan rambutnya perang.
Dia bukan warnakan rambut untuk suka-suka, sebaliknya kerana watak dalam siri Oh My English musim ketiga.
Apakah pandangan anda terhadap peminat yang sangat prihatin pada setiap gambar yang dimuat naik oleh anda?
Walaupun saya letak gambar biasa atau gambar saya seorang diri, orang yang jenis suka mengata tetap akan mengata.
Mulut orang saya tidak boleh tutup. Mereka terlebih prihatin dan tidak ada kerja rasanya.
Biarlah orang mahu bercakap apa sekalipun, saya tidak kisah dan emosi tidak terjejas. Saya tetap akan menjadi diri saya sendiri.
Bagaimanakah dengan tahap kesihatan anda kini?
Alhamdulillah, kini kandungan saya sudah mencecah usia empat bulan. Semuanya berjalan lancar dan kesihatan saya pun okey. Tidak ada sebarang alahan. Cuma berat badan bertambah sedikit sebab saya semakin kuat makan.
Sejak berkahwin dan kini hamil anda dilihat ligat bercuti ke luar negara. Memang perkara ini telah dirancang sejak awal?
Sebelum ini saya sibuk kerja, waktu hamil sahaja saya mempunyai banyak masa rehat.
Kebetulan Zain juga ada cuti, jadi kami mengambil kesempatan itu untuk bercuti ke luar negara.
Selepas ke Krabi, Thailand, kami terbang ke Perancis. Insya- Allah, selepas ini mungkin saya akan ke New Zealand bercuti sambil mengikut Zain menjalani penggambaran di sana.
Kemudian, destinasi terakhir yang saya rancang untuk singgah sebelum berehat kerana sudah hamil tua ialah London, England.
Adakah percutian ini tidak menjejaskan kehamilan anda?
Tidak, sebab sejak hamil anak pertama, setiap kali hamil memang saya banyak berjalan ke luar negara. Alhamdulilah, setakat ini kandungan saya sihat tidak ada sebarang masalah.
innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";
0 comments:
Post a Comment