Home » » Tol Naik BN Cari Pasal

Tol Naik BN Cari Pasal

Written By kall on Monday 23 December 2013 | 08:22

Kenaikan kadar tol yang bakal dialami rakyat merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab pihak kerajaan sekali gus membuktikan janji tidak ditepati dalam manifesto Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lalu.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, jika ia dilaksanakan, ternyata janji kesediaan kerajaan untuk mengurangkan tol antara bandar secara berperingkat adalah tidak benar.

“Diakui rakyat Kelantan secara umumnya tidak terlibat dengan kenaikan kadar tol berikutan tiada lebuh raya di negeri ini, namun kenaikan tersebut bakal memberi kesan kepada kenaikan harga barangan keperluan dan tempiasnya tetap akan dirasai oleh rakyat negeri Kelantan.

“Saya yakin, tindakan kerajaan ini hanyalah kerana merasakan tempoh untuk menempuhi PRU14 nanti masih panjang dan rakyat bakal melupakan keperitan ini menjelang empat tahun lagi.

"Namun perlu diingat, rakyat Malaysia pada hari ini bukan lagi mudah diperkotak-katikkan,” katanya, kelmarin.

Beliau turut diiringi beberapa pemimpin Pemuda Pas negeri menyampaikan sumbangan sebuah komputer riba kepada Amir Zuhaidi Razali, pelajar kurang upaya (OKU) yang mendapat keputusan cemerlang 5A di dalam peperiksaan UPSR yang lepas.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Fadhli berharap sumbangan komputer riba kepada Amir Zuhaidi dapat membantu beliau belajar dengan lebih berkesan sekali gus mendapat keputusan yang lebih cemerlang selepas ini.

Amir Zuhaidi Razali merupakan seorang pelajar OKU dari Sekolah Kebangsaan Ketereh mula mendapat tumpuan ramai apabila mencatat keputusan cemerlang 5A di dalam peperiksaan UPSR yang lepas.

0 comments: