Home » » Senaman tiang bukan erotik ( Pole Dance )

Senaman tiang bukan erotik ( Pole Dance )

Written By kall on Thursday 8 March 2012 | 19:07

Senaman tiang bukan erotik (pole dance)


IMBANGAN badan di udara dengan hanya menggunakan kain.


BUAIAN sering dikaitkan dengan bayi tetapi pengasas Dreams Dance Studio di Subang Jaya, Selangor, Reiko Soo, mengubah buaian menjadi alat senaman.

Menurut Reiko, 35, senaman yang dipanggil fly fitness atau senaman terbang itu menggunakan sejenis kain daripada fabrik likra.

“Jangan terkejut kerana kain jenis ini cukup tahan lama selain boleh menanggung berat badan seseorang sehingga 500 kilogram,” ujarnya.

Katanya, senaman terbang dapat melatih seseorang untuk mengimbangi badan dengan fleksibel, menguatkan otot serta membentuk abdomen badan dengan lembut dan tenang.

Cara bersenam pula ada yang dalam keadaan terbalik iaitu kepala ke bawah dan kaki ke atas sambil bergayut pada kain itu.

“Senaman ini menghendaki peserta terapung dan kurang memijak lantai. Ia boleh membuatkan seseorang menjadi lebih relaks dan tidak mudah letih. Fokus utama senaman ini adalah kawalan emosi dan pergerakan anggota badan secara pelbagai,” ujar Reiko.

Boleh dikatakan semasa berada dalam buaian tersebut, segala masalah dapat dilupakan kerana tumpuan terarah kepada pergerakan senaman sahaja.

Walaupun masih baharu, senaman terbang mulai mencuri perhatian masyarakat tempatan yang mahukan aktiviti fizki yang bersifat ceria dan tanpa risiko kecederaan serius.

Kawal emosi

Di Dreams Dance, golongan yang mengikuti kelas senaman itu terdiri daripada kalangan profesional termasuk peguam, jurutera, doktor dan suri rumah.

Konsep yang diterapkan oleh Reiko ini hampir sama seperti AntiGravity Yoga yang dicipta oleh Christopher Harrison, 50, dari Illinois, Amerika Syarikat (AS).

Menggunakan kain sutera sebagai kaedah senaman, AntiGravity juga baik sebagai kaedah mengawal emosi.

Harrison, seorang bekas penari profesional telah membuka banyak cawangan AntiGravity di seluruh dunia.

Seorang tenaga pengajar senaman terbang di Dreams Dance, Amira Hani Umaruddin, 27, berkata, para pelajarnya mendakwa mereka berasa lebih segar dan bertenaga selepas mengikuti beberapa sesi senaman tersebut.

“Fly Fitness menggunakan beberapa disiplin senaman manakala kain yang digantung membolehkan peserta bergerak secara bebas dalam pelbagai kedudukan.

“Senaman ini hanya memberi tumpuan pada senaman asas seperti di atas lantai dan kemudian bergayut di dalam kain yang mungkin mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk mahir sepenuhnya,” kata Amira.

Latifah Mohamed, 23, seorang pelajar universiti tempatan di Shah Alam, Selangor mengakui badannya berasa lenguh-lenguh pada peringkat awal mengikuti senaman itu.

“Tetapi lama-kelamaan saya berasa selesa kerana ia mengeluarkan peluh yang banyak. Badan pula rasa lebih ringan dan selesa.


REIKO melakukan demonstrasi senaman tiang yang dipercayai mempunyai kebaikan termasuk menjadikan pengamalnya lebih bermotivasi.


Dipuji suami

“Ia juga membuatkan saya terkenang pada bayi yang tidur di atas buaian sambil diayun si ibu,” ceritanya.

Bagi Catharine Chew, 28, dia dapat mengawal emosi dengan baik sejak mengamalkan senaman terbang itu kira-kira setahun lalu.

“Kita belajar mengawal perasaan dan mengosongkan minda daripada sebarang masalah,” katanya.

Sementara itu, Mandy Soo, 34, memberitahu, selepas mengikuti senaman tersebut bentuk badannya berubah menjadi lebih seksi sehingga mendapat pujian daripada suaminya.

Selain pakej senaman terbang, Dreams Dance turut menawarkan senaman ala tarian tiang yang dipanggil pole fitness.

Kata Reiko, senaman tiang berbeza dengan tarian tiang yang sering menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat negara ini kerana ia dikatakan mengandungi elemen erotik.

“Ia lebih berbentuk senaman semata-mata bagi mengurangkan tekanan serta menjadikan anda lebih yakin dan bermotivasi tinggi.

“Bukan mudah untuk bergayut pada sebatang tiang besi dengan menggunakan kedua-dua tangan. Anda juga perlu mengimbangkan badan untuk tempoh yang lama,” ujarnya sambil memberitahu, tiang besi itu licin dan memerlukan kekuatan tangan untuk memegangnya supaya tidak terjatuh.

pix_gal0
Tanggapan negatif berubah, kini dijadikan aktiviti senaman wanita

TARIAN tiang. Rata-rata ramai berpendapat tarian tiang ialah tarian mengghairahkan, memalukan dan menjelekkan wanita kerana ia di tarikan oleh penari yang dikatakan ‘rendah martabatnya’ kerana bagi tujuan menggoda lelaki. Persepsi negatif itu bukan saja di Malaysia, malah hampir semua masyarakat seluruh dunia.
Percaya atau tidak, kini tarian tiang sudah dijadikan sebagai salah satu aktiviti senaman yang sihat dan dikategorikan sebagai seni persembahan yang menggabungkan antara tarian dan senaman gimnastik. Ini kerana tarian berkenaan memerlukan kekuatan fleksibiliti, signifikan dan daya tahan yang tinggi menggunakan keupayaan otot badan pada sebatang tiang.
Caranya ialah penari menggunakan tiang menegak untuk melakukan gerakan lebih kepada atletis seperti memanjat, memutar dan melenggukkan tubuh pada batang tiang. Kehebatan melakukan tarian tiang kini sudah dianggap sebagai bentuk sukan yang diluluskan, malah boleh dijadikan sebagai sukan aerobik dan anaerobik. Percaya atau tidak, tarian tiang juga dianggap sebagai aktiviti yang dapat membantu mengurangkan di samping melepaskan tekanan.

Kehebatan, kebaikan dan kelebihan menyertai tarian tiang diakui oleh hampir semua wanita yang menyertai kelas khas berkenaan. Mereka berpendapat, selain senaman yang menggunakan keupayaan tubuh, menyegarkan badan serta boleh membakar banyak kalori, tarian tiang juga adalah aktiviti sampingan yang membantu seseorang itu mengurangkan rasa tekanan. Benarkah?

Penterjemah bebas yang juga seorang pelajar tarian tiang dikenali sebagai Moon Bulan, 35, tidak menafikan tarian berkenaan sememangnya tarian yang seksi yang suatu ketika dulu dipandang serong. Namun, pergerakan dan teknik tarian menggunakan lentuk tubuh menggunakan tiang sangat mencabar selain memerlukan tumpuan penuh ketika menari.

“Saya memang sangat berminat dengan senaman itu kerana saya suka menari. Lagipun ia agak baru di Malaysia, jadi saya tidak mahu melepaskan peluang mempelajari tekniknya dan fokus kepada setiap pergerakannya. Apabila fokus maka ia sekali gus membantu menghilangkan setiap tekanan yang ada dalam minda.
“Apabila tumpuan sepenuhnya diberikan saya lupa segala tekanan yang menimpa. Malah, ia memberi kepuasan berganda. Jika dulu menganggap badan tidak mampu berpaut pada tiang dan keyakinan rendah, kini saya boleh nampak peningkatan dari segi kekuatan, stamina, tenaga dan fleksibiliti selain keyakinan juga semakin baik,” katanya yang sudah mempelajari tarian berkenaan sejak setahun lalu.

Selain Moon, rakannya yang juga doktor veterinar, Nor Hafizah Ismail, 31, turut menyertai tarian berkenaan sejak 10 bulan lalu bagi tujuan meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan. Selain itu juga katanya beliau dapat bergiat dalam bidang tarian yang minati sejak dulu lagi.

“Saya juga tidak menafikan bahawa ketika mengikuti kelas tarian tiang sekali seminggu dapat membantu mengurangkan rasa beban di fikiran setiap kali berdepan dengan pelbagai tekanan. Apabila fokus pada teknik pembelajaran tarian tiang itu, saya rasa masalah yang menimpa dapat diatasi dengan lebih sistematik dan berkesan kerana saya mengambil masa untuk tenang dengan cara menari tiang ini,” katanya.

Jurulatih profesional tarian tiang dari Viva Vertical, Liew Yen-Shan @ Nana, pula berkata tarian itu adalah latihan senaman berasaskan penggunaan tiang menegak dengan gerakan menggunakan kecergasan otot di samping meningkatkan fleksibiliti badan. Ia tidak boleh disamakan dengan ‘pole dancing erotis’ kerana latihan kecergasan tarian tiang itu sebagai fungsi menyegarkan, membakar banyak kalori.

“Ia agak mencabar dan kreatif berbanding latihan sukan tradisional seperti gimnasium dan latihan kelas kumpulan yang lain. Saya percaya semua jenis latihan senaman adalah jalan terbaik mengurangkan tekanan. Menerusi tarian tiang, apabila mula berpeluh ia adalah detox yang ada di kedua-dua mental dan juga fizikal.

“Apabila memberi tumpuan ketika melakukan tarian tiang maka secara tidak langsung ia akan mengalihkan fikiran daripada segala masalah kerana kita sedang melakukan aktiviti sukan.

“Saya sendiri selalu menari kerana ia cara terbaik untuk menjaga diri hidup sihat dan lebih menyenangkan. Tambah pula menari tiang ia adalah cabaran besar untuk saya kerana saya kurang kekuatan tubuh terutama bahagian badan. Apabila menari tiang saya mencapai kepuasan setiap kali saya menakluk cabaran dan mempelajari teknik baru,” katanya.

Mengikut sejarah, tarian tiang bermula di Amerika pada kemelesetan tahun 1920-an, dengan penari yang dalam persembahan pengembaraan menunjukkan gerakan menggunakan tiang khemah sebagai prop.

Antara lokasi yang menyediakan aktiviti menari tiang ialah Viva Vertical. Viva Vertical Terletak di Heritage House, Jalan Yap Ah Shak, Kuala Lumpur adalah ahli Aerial Arts Association of Asia (AAA Asia) dan International Pole Dance Fitness Association (IPDFA). Viva Vertical menyimpan misi untuk menjadikan akademi berkenaan terkenal hingga ke peringkat antarabangsa yang memberi inspirasi dan menyajikan rutin kecergasan badan dan kesenian tarian Pole Dance.

1 comments:

jeje said...

jinyi827
air jordan 1 mid jaune Et assis cortez nike femme or sur sa tête est ce bon chapeau Stetson. Nous nous baskets nike air jordan femme rendons compte qu'il y a plusieurs personnes qui Air Jordan 31 Baskets font et n'utilisent pas de stéroïdes ou air jordan de suppléments diététiques illégaux pour améliorer leur chaussures nike air max tavas physique et que je ne juge pas simplement adidas zx flux kw chaussures parce que c'est certainement un choix personnel. Essayez asics gel lyte v Baskets de créer quelque chose d'unique et accrocheur et nike air homme jordan c'est en fait souvent une très bonne chaussure nike air presto ultra flyknit stratégie d'avoir un fort contraste avec vos antécédents là-bas.