Home » » Militan: Pensyarah UM antara lima diburu

Militan: Pensyarah UM antara lima diburu

Written By kall on Wednesday, 2 July 2014 | 14:25


Pilihan Anda

Militan: Pensyarah UM antara lima diburu

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Polis memburu lima individu termasuk seorang pensyarah Universiti Malaya (UM) kerana disyaki terbabit dalam kegiatan militan di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, hasil siasatan ke atas 19 anggota militan yang ditangkap oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas sejak 28 April lalu, pihaknya mengenal pasti lima rakyat tempatan yang dipercayai terlibat dalam latihan ketenteraan dan terbabit di dalam aktiviti militan.

“Mereka kini dipercayai berada di dalam persembunyian di selatan Filipina,tiga daripada mereka turut dipercayai terlibat dalam merekrut dan mengatur perjalanan anggota militan dari Malaysia untuk menyertai Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) di Syria.

“Manakala dua lagi adalah anggota Darul Islam Sabah yang kini menyertai kumpulan Abu Sayyaf (ASG) di selatan Filipina,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebentar tadi.

Polis turut mengedarkan gambar lima individu terlibat bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung individu yang dicari itu boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Hazil Azhar di talian 03-22667010 dan 01121046850.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: