Home » » DAP mula nyatakan kebimbangan jika Pas berpisah dari PR

DAP mula nyatakan kebimbangan jika Pas berpisah dari PR

Written By kall on Tuesday, 29 July 2014 | 18:24


Pilihan Anda

DAP mula nyatakan kebimbangan jika Pas berpisah dari PR

Terkilan dengan pendedahan mesej Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam WhatsAppnya yang seolah-olah menyarankan PAS meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan bekerjasama dengan Umno, Setiausaha DAP Loke Siew Fook menyeru pimpinan PAS Pusat mengambil pendirian tegas menjauhkan diri daripada cadangan itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, ahli Parlimen Seremban itu juga berkata mana-mana pemimpin dalam PR yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk dengan sekeras-kerasnya.

Loke juga mahu PAS Pusat mengambil tindakan sewajarnya mengembalikan keyakinan penyokong PR di seluruh negara terhadap PAS yang selama ini mengekalkan imej positif.

Dia berkata sementara Zuhdi tidak menafikan menulis mesej tersebut, dia sebaliknya cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan apa yang ditulis itu adalah “analisis senario” kepada cadangan seorang pemimpin kanan PAS supaya PAS keluar dari PR.

"Analisis sebegini lebih-lebih lagi dari seorang pemimpin PAS Pusat adalah sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur membelot kepercayaan rakyat.

"Walaupun cadangan untuk kekal atau keluar dari PR adalah hak pimpinan PAS, namun cadangan untuk bergabung dengan Umno dan membentuk kerajaan negeri Selangor adalah satu pengkhianatan, bukan sahaja kepada PKR dan DAP, tetapi juga kepada rakyat Selangor yang memberikan mandat yang jelas kepada PR dalam PRU13.

"Mana-mana pemimpin yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk dengan sekeras-kerasnya," kata Loke.

Dia merujuk kepada mesej Zuhdi dalam kumpulan 'Whatsapp AJK PAS Pusat' yang berbunyi: “Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi + TSKI + seorang lagi Adun PKR + 12 Umno, dah bentuk simple majoriti. Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB. Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini.”

Loke mengingatkan Zuhdi kerusi-kerusi yang dimenangi PAS di Selangor adalah di bawah payung PR kerana ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP bertanding dalam PRU13 dengan satu manifesto bersama.

Loke berkata lebih mendukacitakan apabila Zuhdi, sebagai Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS yang sepatutnya diamanahkan sebagai “thinktank” kepada parti, boleh terfikir untuk “menjentik DAP, gereja dan non Muslim” apabila ada pandangan yang berbeza.

"Ke mana perginya sifat keterbukaan dan toleransi dalam slogan 'PAS for All'?" tanyanya.

Loke berkata dia tidak pernah membayangkan seorang pemimpin PAS boleh berimaginasi seperti Umno untuk mengembalikan kuasa politik Melayu Islam melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya.

"Bukankah cadangan seperti ini seolah-olah bersekongkol dengan SPR dan tiada beza dengan agenda dari Perkasa?" katanya.

Cadangan dan pemikiran Zuhdi amat mencemarkan imej positif PAS yang selama ini dilihat sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan keadilan dan kuat berpegang kepada prinsip, kata Loke, sambil berkata beliau yakin majoriti pemimpin PAS Pusat amat tidak bersetuju dengan cadangan dan pandangan itu. – 29 Julai, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kutuk-sekeras-kerasnya-cadangan-pas-keluar-pakatan-kata-dap#sthash.3W4EBHwC.dpuf
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: