Pilihan Anda
Kerajaan Rusia 'kantoi' sunting maklumat MH17 di Wikipedia
KUALA LUMPUR: Kerajaan Rusia dilaporkan telah menyunting maklumat di Wikipedia mengenai nahas penerbangan MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) dengan menukarkan beberapa rujukan yang menunjukkan penglibatan kerajaan itu di atas insiden tersebut.
Portal The Telegraph yang berpangkalan di London menerusi penulisan Timbalan Ketua Teknologinya, Matthew Sparkes berkata, bot Twitter yang memantau suntingan pada laman web itu telah mengenal pasti alamat IP (nombor siri unik pada sesebuah komputer atau rangkaian) kerajaan Rusia yang membuat pengubahan tersebut.
Suntingan tersebut telah dapat dikesan oleh @RuGovEdits, sejenis bot Twitter yang akan memuat naik sebarang perubahan atau suntingan dalam Wikipedia ke Twitter sekiranya ia dilakukan oleh komputer yang memiliki alamat IP kerajaan Rusia.
Laporan bertajuk ‘Russian government edits Wikipedia on flight MH17’ itu juga mendakwa seorang pengguna internet dari Syarikat Penyiaran Televisyen dan Radio Rusia (VGTRK) telah menukar maklumat insiden tersebut di laman web Wikipedia versi bahasa Rusia.
Pengguna tersebut menambah “Pesawat terbabit (MH17) ditembak jatuh oleh tentera Ukraine” bagi menggantikan ayat asal iaitu “Pesawat ditembak jatuh oleh pengganas Republik Rakyat Donetsk menggunakan sistem peluru berpandu Buk, yang diterima daripada Rusia.”.
MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Rusia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media awal pagi Jumaat berkata, pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.
Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) pada Khamis dan dijangka tiba di KLIA pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kerajaan-rusia-sunting-maklumat-mh17-di-wikipedia-40149?cp
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280"; Portal The Telegraph yang berpangkalan di London menerusi penulisan Timbalan Ketua Teknologinya, Matthew Sparkes berkata, bot Twitter yang memantau suntingan pada laman web itu telah mengenal pasti alamat IP (nombor siri unik pada sesebuah komputer atau rangkaian) kerajaan Rusia yang membuat pengubahan tersebut.
Suntingan tersebut telah dapat dikesan oleh @RuGovEdits, sejenis bot Twitter yang akan memuat naik sebarang perubahan atau suntingan dalam Wikipedia ke Twitter sekiranya ia dilakukan oleh komputer yang memiliki alamat IP kerajaan Rusia.
Laporan bertajuk ‘Russian government edits Wikipedia on flight MH17’ itu juga mendakwa seorang pengguna internet dari Syarikat Penyiaran Televisyen dan Radio Rusia (VGTRK) telah menukar maklumat insiden tersebut di laman web Wikipedia versi bahasa Rusia.
Pengguna tersebut menambah “Pesawat terbabit (MH17) ditembak jatuh oleh tentera Ukraine” bagi menggantikan ayat asal iaitu “Pesawat ditembak jatuh oleh pengganas Republik Rakyat Donetsk menggunakan sistem peluru berpandu Buk, yang diterima daripada Rusia.”.
MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Rusia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media awal pagi Jumaat berkata, pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.
Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) pada Khamis dan dijangka tiba di KLIA pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kerajaan-rusia-sunting-maklumat-mh17-di-wikipedia-40149?cp
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
0 comments:
Post a Comment