Home » » Serah mandat semula kepada rakyat langkah terbaik - MB Khalid

Serah mandat semula kepada rakyat langkah terbaik - MB Khalid

Written By kall on Monday 28 July 2014 | 16:46


Pilihan Anda

Serah mandat semula kepada rakyat langkah terbaik - MB Khalid

Walaupun rakyat bersetuju bahawa Pakatan terus berkembang tetapi tidak boleh diperalatkan untuk dijadikan batu loncatan kepada Putrajaya.

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat tidak harus memperalatkan rakyat Selangor sebagai batu loncatan untuk menguasai Putrajaya tanpa mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut Khalid, kalau Pakatan Rakyat mahu menjadikan Selangor sebagai asas pelancaran ke Putrajaya, ia perlu meminta semula mandat daripada rakyat.

"Walaupun rakyat bersetuju bahawa Pakatan terus berkembang tetapi tidak boleh diperalatkan untuk dijadikan batu loncatan kepada Putrajaya.

"Kalau ini nak dijadikan adalah baik meminta mandat semula kepada rakyat Selangor," katanya dalam satu wawancara dengan Selangorkini.

Krisis politik di selangor bermula beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila beberapa pemimpin PKR mengkritik pentadbiran Abdul Khalid.

Biarpun Abdul Khalid dikatakan amat cemerlang dalam pentadbirannya pada penggal lepas, namun beberapa pemimpin PKR termasuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan, Selangor memerlukan seorang menteri besar yang mampu melonjakkan lagi negeri tersebut.

Bagi meneruskan hasrat menggantikan Abdul Khalid, PKR mengatur strategi yang dinamakan 'Langkah Kajang' dengan meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang mengosongkan kerusinya.

Awalnya, Anwar dinamakan sebagai calon mewakili PKR dan Pakatan Rakyat bertanding di kerusi DUN Kajang seterusnya akan mengambil alih tempat Abdul Khalid sebagai menteri besar.

'Langkah Kajang' ini dikatakan bukan setakat Anwar menjadi menteri besar tetapi usaha membuktikan kehebatan Anwar menerajui kerajaan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata tindakan mengosongkan kerusi Dun Kajang dan menamakan Anwar sebagai calon adalah satu strategi radikal untuk menawan Putrajaya.

Beliau mengaku langkah itu tidak popular tetapi ia sesuatu yang diperlukan oleh Pakatan Rakyat untuk menjadikan Selangor sebagai kubu kuatnya.

"Selangor harus lebih baik daripada hari ini sekiranya ia mahu jadi wadah Pakatan dalam usahanya menawan Putrajaya," katanya.

Namun usaha ini terhalang apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas didapati bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.

PKR seterusnya menamakan Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bertanding dalam pilihan raya kecil Dun Kajang.

Selepas Wan Azizah memenangi pilihan raya kecil itu, usaha untuk menggugurkan Abdul Khalid diteruskan dengan desakan yang lebih hebat.

PKR berpendapat, pentadbiran Abdul Khalid di Selangor semakin bermasalah dan menamakan wan Azizah untuk sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Biarpun didesak partinya sendiri supaya berundur, Abdul Khalid menegaskan beliau akan terus memegang jawatan menteri besar hingga tamat penggal ini.

Pendirian Abdul Khalid itu mendapat sokongan PAS menerusi kenyataan yang dibuat oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Khalid berpendapat kemelut jawatan Menteri Besar itu kalau "tak diselesaikan dengan penuh tertib dan penuh adab" boleh menjejaskan bukan saja Pakatan Rakyat di Selangor tetapi juga dalam pilihan raya umum ke-14 nanti.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/minta-semula-mandat-rakyat-jalan-terbaik-tukar-mb-khalid-ibrahim-40817?cp
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: