Home » » Selebriti suka menghina, mulut lancang

Selebriti suka menghina, mulut lancang

Written By kall on Wednesday, 30 July 2014 | 11:40


Pilihan Anda

Selebriti suka menghina, mulut lancang

Kalau sudah menjadi bintang pujaan kepada masyarakat, biar setinggi mana pun taraf pendidikan dan sedalam mana pun pengalaman, seseorang itu tidak sepatutnya tergamak melemparkan kata-kata yang merendah-rendahkan kemampuan orang lain.

Apabila bercakap soal hormat, sikap itu sepatutnya tidak mengenal usia dan hanya kerana tidak berkenan dengan seseorang itu, tidak bermakna kita ada lesen untuk merendah-rendahkan orang lain macam dunia hiburan ini dia yang punya.

Terkejut sekejap SS mendengar perkhabaran daripada seorang rakan yang membawa khabar mengenai perangai kurang enak bintang pujaan terkenal itu kerana dia bukan saja suka mengamalkan pilih kasih, malah bermulut lancang.

Kasihan betul SS apabila terkenang perasaan bakat baru yang menjadi bintang pujaan itu yang khabarnya langsung tidak sangka perangai sebenarnya sehinggakan sekarang hilang terus rasa hormatnya terhadap beliau.

Mana tidaknya, tujuan asal pendatang baru itu mahu menimba ilmu dengan personaliti itu, namun selepas berdepan dengannya, baru-baru ini, dia rupa-rupanya bercakap lepas tanpa fikirkan orang lain di sekeliling.

Sedih sungguh rasa bakat baru ini tatkala penampilannya dihina malah langsung tidak ada unsur motivasi dalam kata-kata yang diluahkan bintang pujaan itu terhadap orang baru sepertinya yang cuba membina tapak.

Mentang-mentang bintang pujaan itu sudah ada orang yang lebih disukainya, dia tanpa berfikir panjang menghina bakat baru itu yang hanya mahu meminta khidmat nasihatnya.

Tersentak artis baru itu kerana selama ini dia sendiri begitu menyanjung artis ‘senior’, tetapi selepas bertentang mata, rupanya indah khabar daripada rupa.

SS @ Harian Metro
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: