Home » » Lebuhraya sesak: Anda boleh saman PLUS!

Lebuhraya sesak: Anda boleh saman PLUS!

Written By kall on Tuesday, 15 July 2014 | 11:19


Pilihan Anda

Lebuhraya sesak: Anda boleh saman PLUS!

KENDERAAN pada masa kini merupakan satu keperluan buat masyarakat moden zaman sekarang.

Ini kerana sistem jaringan pengangkutan yang baik di Malaysia menjadi pendorong sesiapa sahaja untuk memiliki kereta.

Malah, kesibukan dalam pelbagai urusan bagi warga kota membuat mereka memerlukan kenderaan sendiri bagi memudahkan mereka untuk bergerak kemana sahaja.

Bagi mereka yang menetap di Kuala Lumpur kesesakan lalu lintas menjadi ‘asam garam’ dalam kehidupan seharian.

Mana tidaknya, terbaharu kita dikejutkan dengan satu rakaman panggilan telefon daripada seorang pengguna lebuhraya yang memaki operator.

Rakaman panggilan tersebut menjadi viral di media sosial.

Dalam rakaman tersebut difahamkan, wanita yang berulang alik setiap hari dari Melaka ke Kuala Lumpur mendakwa terpaksa keluar pejabat untuk pulang ke rumah antara pukul 9.00 hingga 11.00 malam.

Ia bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas tetapi masih terperangkap dalam kesesakan selama berjam lamanya.

Wanita yang mempunyai anak itu mendakwa keadaan itu menyebabkan beliau tiba di rumah pada jam 3.00 pagi setiap hari.

Punca Kesesakan PLUS

Peningkatan penduduk di negara ini menyebabkan kepadatan penduduk menjadi faktor utama kesesakan lalu lintas.

Rata-rata rakyat Malaysia ingin memiliki kenderaan sendiri dalam urusan mereka seharian. Bukan itu sahaja, sistem pengangkutan awam yang kurang memberangsangkan menyebabkan mereka lebih memilih untuk memiliki kereta sendiri.

Pengangkutan awam yang kadangkala tidak menepati masa. Pihak pegurusan PLUS juga kadangkala tidak bersimpati dengan pengguna lebuh raya. Ia jelas dibuktikan dengan penambahbaikan atau penyelenggaraan yang dijalankan pada waktu puncak.

Waktu puncak merupakan antara waktu pagi di mana ramai pengguna yang berpusu-pusu untuk pergi ke tempat kerja.

Ia berikutan dengan lorong lebuhraya yang sepatutnya dibuka penuh tetapi hanya dibuka dua atau tiga lorong sahaja susulan kerja-kerja penambahbaikan yang dijalankan.

Mereka seharusnya lebih peka akan situasi seperti ini pada masa akan datang. Kesesakan yang teruk mungkin boleh mengakibatkan tahap risiko kemalangan yang tinggi.

Di mana keadilannya?

Hampir 1.2 juta pengguna akan menggunakan lebuhraya di negara ini pada musim perayaan. Umum sedia tahu kereta yang keluar dan masuk lebuhraya di Lembah Klang begitu tinggi setiap hari.

Malah bukan terhad bagi penduduk Lembah Klang sahaja, namun di seluruh negara yang mempunyai tol dan dikenakan bayaran bagi menggunakan perkhidmatan tersebut.

Ini jelas membuktikan keuntungan yang diperolehi oleh PLUS sangat tinggi.Peningkatan kenderaan di jalan raay setiap hari.

Namun, pengguna yang membayar tol untuk menggunakan lebuhraya agak terkilan kerana perkhidmatan yang dibayar tersebut sangatlah tidak berbaloi.

Ini berikutan, di mana mereka harus menempuh kesesakan yang panjang. Ada kalanya mereka terpaksa berada di lebuhraya dalam tempoh yang lama.

Menurut salah seorang pengguna lebuhraya Maisara Ismail, 24, beliau sangat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan di lebuhraya pada bulan Ramadan kali ini.

‘’ Pada bulan Ramadan ini, saya terpaksa berbuka puasa di dalam kereta kerana kesesakan di lebuhraya’’ katanya.

Pengguna Ada Hak Saman PLUS

Menurut Ketua Biro Guaman, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Latheefa Koya berkata, rata-rata pengguna marah kepada PLUS disebabkan mereka dikenakan bayaran tol tetapi perkhidmatan yang dapat sangatlah mengecewakan malah merugikan.

‘’Kalau pengguna nak saman PLUS, mereka boleh berbuat demikian kerana ia tidak menjadi isu. Jadi terpulanglah kepada mereka dan tak menjadi halangan untuk mereka berbuat tindakan tersebut’’

‘’Jika pengguna mahu saman PLUS, PLUS harus melihat terlebih dahulu apa yang mengakibatkan kerugian dan penderitaan yang di alami oleh pengguna lebuhraya’’ katanya ketika dihubungi.

Beliau menegaskan pengguna lebuhraya boleh menfailkan saman melalui mahkamah sivil. Bagi menyaman PLUS ia tidak terhad kepada mahkamah sivil semata-mata, malah mereka boleh turut mengemukakan saman melalui Tribunal Pengguna atau kedua-duanya sekali.

‘’Urusan saman merupakan satu perkara lain walaupun kita tahu perjanjian konsesi tol PLUS masih lagi dirahsiakan’’ katanya.

Kenyataan beliau turut disokong oleh Arif Fahmi Md Yusof yang juga salah seorang pensyarah undang-undang dari Kolej swasta di Kuala Lumpur yang menyokong sesiapa sahaja pengguna lebuhraya yang tidak berpuas hati bolehlah melakukan tindakan saman tersebut.

PLUS Harus Lebih Peka

Menurut Syahmi Mislan 26, jurutera di sebuah syarikat swasta, berpendapat pihak pengurusan harus lebih peka terhadap pengguna-pengguna lebuhraya jika mereka tidak mahu berhadapan dengan layangan surat saman daripada pengguna.

Kekecewaanya jelas terpancar ketika dihubungi apabila beliau turut beremosi ketika ditanya mengenai masalah yang dihadapinya daripada pihak pengurusan PLUS.

‘’Saya merupakan pengguna setiap hari lebuhraya MEX dan KESAS’’

‘’Saya berulang-alik dari tempat kerja ke rumah, amat menyedihkan apabila balik kerja saya terpaksa menempuh kesesakan yang teruk dan ianya menjadi semakin teruk terutama hari jumaat ketika membuat persimpangan di Endah Parade’’

‘’Sudahlah penat balik kerja ditambah lagi tekanan kesesakan yang teruk’’ katanya

Beliau yang berkata kepada Malaysian Digest baru-baru ini berharap agar pihak lebuhaya KESAS terutamanya, yang perolehi keuntungan yang berlipat-ganda daripada pengguna dapat memikirkan penyelesaian dalam segala kekusutan dan kesesakan di lebuhraya.

Semoga Ada Jalan Penyelesaiannya

Pada zaman era globalisasi ini, pembangunan negara yang semakin membangun serta jaringan pengangkutan yang semakin meluas, sudah tentu peningkatan bilangan kendereaan yang mendadak.

Kemantapan sistem pengangkutan awam di Jepun wajar dicontohi. Kerajaan dan badan bukan kerajaan(NGO) harus mengembeling tenaga dan berusaha sama dalam menangani isu kesesakan lalu-lintas.

Dalam kes seperti ini, jaringan pengangkutan awam yang terbaik jelas ditunjukkan oleh negara Jepun.

Di mana pengakutan awam tidak kiralah tren, teksi mahupun bas selalu tiba pada masa yang tetap. Ini mendorong masyarakat di negara matahari terbit itu, lebih memilih untuk menaiki pengangkutan awam sebagai urusan mobalisasi harian mereka.

Sekaligus, bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya dinegara tersebut amatlah sedikit.

Dalam memacu wawasan 2020 ,Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang bebas dari kesesakan lalu-lintas jika mengikut acuan pembangunan yang sebenar.

Malaysian Digest
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: