Pilihan Anda
Bekas peneroka hadapi 16 pertuduhan rogol pelajar tingkatan dua
Gambar hiasan |
Che Ghazali Abdul, 59, yang sebelum ini didakwa terhadap pertuduhan sama pada 6 April 2007, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azwarnida Affandi.
Che Ghazali didakwa merogol remaja perempuan berusia 14 tahun empat bulan, di sebuah bilik sewa di Lorong Haji Taib 2, di sini antara 2 pagi 12 Mac 2007 hingga 11.30 malam 26 Mac 2007.
Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Ahmad tidak menawarkan sebarang jaminan kerana sebelum ini kes itu sudah sampai ke peringkat perbicaraan namun tertuduh gagal hadir ke mahkamah sejak 27 Jun 2011 dan menghilangkan diri sehingga dia ditangkap semula semalam.
Azwarnida memerintahkan tertuduh direman sehingga kesnya selesai kerana telah melanggar syarat jaminan sebelum ini.
Mahkamah menetapkan 22 Ogos untuk sebutan semula kes.
- BERNAMA
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
0 comments:
Post a Comment