Pilihan Anda
#MH370: Mei Fun dilantik pegawai khas Malaysia ke China
KUALA LUMPUR 31 Mac - Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik sebagai pegawai khas mewakili Malaysia ke China bagi bertemu dengan anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keputusan itu dibuat oleh jemaah menteri dalam mesyuarat mingguannya baru-baru ini bagi memastikan wakil kerajaan Malaysia fasih berbahasa Mandarin bagi mengendalikan urusan dengan anggota keluarga penumpang warga China.
"Difahamkan Mei Fun bersama-sama dengan rombongan delegasi yang diketuai Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin serta anggota Crisis Relief Squad of MCA (CRSM) berlepas ke China untuk bertemu anggota keluarga semalam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA di Wisma MCA, di sini hari ini. - BERNAMA
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page

0 comments:
Post a Comment