Info Menarik & Cerita Menarik
Apa Cerita Ni Sham
Satu pendedahan 2 muka Surat Khabar Berita Harian dalam ruangan B*POP semalam telah menggemparkan dunia hiburan. Bekas isteri, Farazila AJ membuat pendedahan mengenai sikap buruk Sham Kamikaze sepanjang menjadi suaminya.
Beberapa pendedahan beliau amat mengejutkan berikutan perwatakan Sham Kamikaze sebagai pendakwah bebas pada ketika ini dilihat warak dan status-status yang dimuatnaik di laman sosial semuanya berbentuk ajakan ke arah membuat kebaikan.
Walaubagaimanapun, Farazila mungkin lebih tahu kerana pernah berkongsi hidup bersama Sham Kamikaze. Jom baca beberapa pendedahan penting Farazila yang dipetik dari akhbar B*POP:
Sham Kamikaze tidak berhati perut?
Siang malam dia kerap menghadap komputer. Itu saya boleh tahan lagi, tetapi apabila dia memuat naik gambar berlaga pipi dengan wanita lain dalam FB, apa perasaan saya? Apabila orang bertanya, saya tiada jawapan. Malu pun ada! Apabila bergaduh, dia mula tidak balik rumah berhari-hari. Kadang-kadang balik rumah hanya salin baju sahaja.
Dalam satu insiden saya tidak akan lupa sampai mati, dia pernah tinggalkan saya di tepi lebuh raya ketika pulang ke kampung di Batu Pahat kerana bergaduh pasal FB. Dia libas tangan dan cincin dipakainya terkena mata saya. Sampai kini dalam mata saya kelihatan berdarah. Mujur saya ada telefon bimbit. Dengan mata berair kena libas dan hujan pula, saya terpaksa berteduh bawah terowong.
Saya hubungi ibu untuk beritahu apa yang berlaku. Ibu pulang menghubungi Sham, suruh dia ambil saya di tepi lebuh raya. Bayangkan dari waktu Asar saya ditinggalkan, dia hanya datang ambil saya dalam jam 10 malam. Saya sembunyi dalam terowong yang sekelilingnya penuh dengan jarum penagih dadah. Saya memang takut kerana tempat itu sunyi tetapi saya tiada pilihan dan berserah kepada tuhan
Kantoi bersama wanita anak dua
Saya pujuk hati mungkin saya bersalah dan mencari Sham di Studio, tetapi tidak nampak keretanya. Esoknya saya cari lagi di studio dan berjumpa seorang kakitangannya. Selepas mengetahui Sham ada di ruang atas studio, saya sediakan minuman untuknya dan ketika mahu menghantarnyaa, kakitangan berkenaan seakan menghalang saya. Kebetulan Sham mahu turun ke bawah dan dia yang terkejut melihat saya, lari lintang pukang naik atas semula.
Seminggu selepas itu, kakitangan itu berterus terang kepada saya memakluman ada seorang wanita ketika itu bersama Sham. Wanita itu didakwa masih bersuami dan mempunyai dua anak. Kami bergaduh besar dan saya terus balik ke kampung. Dia cerita kepada orang saya ingkar dan keluar rumah tanpa izin. Seingat saya, jika keluar rumahpun hanya ke rumah mentua atau balik kampung saja.
Sikap hipokrit Sham Kamikaze
Sikap hipokrit Sham Kamikaze
Kami bergaduh lagi gara-gara perempuan. Hancur hati saya dan saya balik ke kampung. Saya pulang semula ke Kuala Lumpur selepas 2 minggu dan terkejut melihat dirinya berjubah serta berkopiah. Tetapi saya tidak rasa apa-apa.
Apabila orang memuji konon dia dia sudah berhijrah, dia rasa dirinya mulia. Sham jadi lupa diri apabila orang sekeliling mengagungkan dirinya. Dia bangga apabila disanjung, tetapi sebenarnya dia belum berubah sepenuhnya. Saya menegur sikap hipokritnya itu dan kami bergaduh lagi. Selepas pulang umrah, saya sudah berubah dan berhijrah lebih awal daripadanya.
Bayangkan sebelum subuh, jam sudah berbunyi dan dia bangun tidur lalu terus menghadap komputer. Ayatnya di komputer “jom solat” tetapi sebenarnya dia tidak bersolat dan tidur semula. Ia berlaku banyak kali dan saya muak dengan perkataan “jom solatnya” itu.
Orang tidak tahu saya selalu diajar berpura-pura untuk menjaga reputasinya. Tetapi, saya bukan manusia jenis begitu.
Punca diceraikan
Penceraian pertama kami pada 1 September 2011 selepas saya melihat dia bergayut di telefon bersama seorang pelakon yang kononnya berhijrah.
Ketika bulan puasa dan mereka berbual sepanjang malam hingga masuk waktu imsak. Saya bukan cemburu buta, tetapi berbuat berjam-jam dan kesudahannya mengutuk artis lain yang juga berhijrah, menyebabkan saya jadi marah.
Sejak itu hingga raya perama kami bermasam muka. Hasrat untuk beraya di kampungnya pada raya pertama ditukar beraya di Kuala Lumpur saja. Raya kedua, dia nak ke Pulau Pinang dan saya ikutkan, cuma raya ketiga, saya nak balik ke rumah keluarga saya. Di situlah berlaku pertengkaran dan saya diceraikan talak satu pada jam 7 malam. Saya kemudian mengemas baju dan dia angkatkan beg masuk ke kereta.
Dakwaan bekas isteri Sham Kamikaze ini dilihat amat berat dan pasti menjatuhkan peribadi Sham Kamikaze. Jika perkara ini tidak benar, Sham Kamikaze sendiri perlu tampil menafikan dakwaan tersebut.
0 comments:
Post a Comment