Info Menarik & Cerita Menarik
Emma Pertahan Isu Kemban
Kebanyakan isu kontroversi yang timbul daripada kenyataan berkaitan agama mudah sahaja puncanya – ia berlaku apabila ada pihak tidak mahu terima hukum agama dan kehendak dalam hidup kadangkala umpama minyak dan air yang tidak boleh bercampur.
Dalam erti kata lain, tidak ada gunanya berdebat jika seorang bercakap tentang hukum Islam manakala seorang lain sedang mempertahankan adat.
Itulah yang boleh dikaitkan tentang isu kemban dalam terbaru Erma Fatima berjudul Takhta 3 Ratu yang menjadi polemik baru-baru ini.
Dalam drama lakonan bintang hebat seperti Erra Fazira, Awie dan Ellie Suriati ini; watak perempuan digambarkan berkemban sebagai pakaian pada zaman pemerintahan Sultan Mansur sekitar 1546.
Rata-rata menganggap pakaian yang cuma berkemban dalam drama ini perlu ditukar kerana tidak sesuai untuk ditayangkan kepada umum apatah lagi pelakon dan penonton kebanyakannya beragama Islam, begitu juga pengarahnya.
Bagaimanapun Erma berkeras, kemban tetap diteruskan dalam dramanya ini kerana itulah realiti kehidupan masyarakat pada masa itu.
Pendirian ini turut disuarakan Erma menerusi status Instagram berbunyi:
Bila MELAYU berkata-kata! KEMBAN LEBIH BESAR ISUNYA dari sejarah kejatuhan Melaka! Malunya menjadi MELAYU yg melihat dgn lutut berkata-kata dgn siku. Soal hukum tidak ada sesiapa mampu mempertikaikanya.TAPI menghukum bukan kerja yg tuhan tugaskan kpd manusia. AKU SALAH kerana melanggar hukum KEMBAN! Kalian BENAR kerana menjadi juri d bumi tuhan? Aku terima hukuman kalian! Andai KEMBAN membawa ku ke neraka.. aku redha.. TAPI aku ada tugas yg besar yg harus ku laksanakan utk melengkapkan hidup aku di ats bumi Allah ini. Bukan hanya utk agama tetapi juga utk bangsaku. Jadi kpd yg berniat utk mengutuk…silakan…ianya tidak sama sekali meninggalkan kudis ke ats aku. TAPI kepada yg menegur, terima kasih dan mohon maaf kerana aku melakarkan sejarah. Sudah pasti sejarah tdk akn menghalalkan cara. Tp sejarah bkn sesuatu yg bole di tukar suka2 dan bila2. Salam maaf dr sy. Kpd yg sudi…jemput2lh menonton TAKHTA sy bila d tayangkan nanti. NAMUN jgn hanya d tonton KEMBANNYA…di lihat juga bgaimana kekuatan sebuah empayar Melaka runtuh kerana rakyatnya demdiri.76
0 comments:
Post a Comment