Info Menarik & Cerita Menarik
Shiela Majid Tak Marah Anak
Shiela Majid
Jika sebelum ini anak sulung Datuk Sheila Majid, Wan Nur Khaleeda Aziz pernah mencuri tumpuan ramai gara-gara berpakaian seksi dan gaya hidup yang sosial.
Ibunya penyanyi Jazz terkenal, Sheila Majid ketika ditemui di suatu majlis sidang media baru-baru ini berkata dia mempunyai pendapatnya tersendiri mengenai isu anaknya hasil perkahwinan Sheila dan Roslan Aziz. Sheila yang tergelak sambil menjawab bahawa penampilan yang dipilih oleh anaknya itu adalah sebagai satu proses kematangan dalam hidup.
Umur dia bukannya 45 atau 50 tahun. Dia baru 22. Ini apa yang kita panggil proses pembesaran. Adakalanya kita kena buat silap dalam kehidupan. Memang ada beberapa insiden yang dia terkantoi, tapi dia belajar dari kesilapan tu. Dia ambil itu sebagai pengajaran.
Bagi saya pada umur sekarang dia nak pakai camtu, tak mengapa. Kalau dah umur 42 pakai seksi macam tu memanglah saya marah. Sekarang ni dia masih lagi tercari-cari fesyen yang sesuai. Tapi tak adalah sampai keterlaluan hingga menampakkan pakaian dalam sahaja.
Wan Nur Khaleeda Aziz
Saya pernah bagitahu wartawan sebelum ni, anak saya bukan selebriti, dia cuma gadis remaja yang sedang membesar dan dia tak akan lari dari membuat silap. Cuma malangnya, dia adalah anak saya dan dia pun turut jadi bahan perhatian.
Bagi dia peluang untuk membesar, biar dia buat kesilapan dan belajar dari situ. Jangan terus menghukum. Saya juga pernah buat silap, tapi masa dulu saya cuma anak Haji Abdul Majid, orang tak peduli, jelas Shiela Majid.
Sheila turut memberi nasihat kepada anaknya Kayda dalam penglibatannya dalam bidang seni supaya sentiasa berhati-hati dalam setiap perkara sebelum membuat sesuatu yang boleh mencemarkan nama baiknya dan keluarga.
0 comments:
Post a Comment