Akak Dibalik Pintu
"Aku Dah Tanam Mayat Dia Terbalik"
(kiriman, Zack)
Tersebutlah alkisah, Laki bini masing masing mempunyai ilmu hitam, sorang pawang mambang, sorang lagi bomoh jin!
Bila mereka bergaduh, terdengarlah perbualan yang mengerikan dari mereka.
"Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah kubur dan mencekik engkau," Marah Lakinya seorang pawang kepada bininya yang juga seorang bomoh!
“Koreklah kubur, aku tak takutpun” Jawab bininya dengan selamba.
Jiran yang mendengar pergaduhan mereka terkejut besar dengan ugutan si Laki terhadap bininya kerana diketahui sangat si laki mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.
Beberapa hari berlalu. Lakinya ditemui mati akibat terkena santau bomoh kampung sebelah..
Walaupun benci, tetapi sebagai bini, tetap menguruskan pengebumian lakinya dengan baik.
Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat binnya yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan lakinya dahulu.
"Engkau tidak takut dengan sumpah laki kau dulu?" tanya jirannya.
"Apa nak takut, biarkan saja dia mengorek tanah. Sebab Aku dah tanam mayat dia terbalik!”
huhu..entry saja suka-suka...
0 comments:
Post a Comment