Home » » Isu Kassim Ahmad, mengapa Pakatan membisu?

Isu Kassim Ahmad, mengapa Pakatan membisu?

Written By kall on Thursday, 3 April 2014 | 08:45


Pilihan Anda

Isu Kassim Ahmad, mengapa Pakatan membisu?

Apa sebenarnya perjuangan dan pendirian Pakatan Rakyat? Bila sepatutnya mereka diam, semua melalak dan bila sepatutnya mereka bersuara, semua diam seribu bahasa.

Kalau menurut Anwar Ibrahim, lawan tetap lawan. Tetapi nampaknya kebelakangan ini, Pakatan Rakyat begitu memilih senario medan perang sebelum turun berjuang.

Dengan yang demikian apa bagusnya Pakatan berbanding Umno/BN kerana jelas Pakatan juga penuh dengan double standard dan hanya memilih isu yang boleh menaikkan populariti.

Tiada satu pun komen atau reaksi dari Pakatan Rakyat berkenaan isu Kassim Ahmad yang dituduh menghina Islam dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang.

Tiada satu pun wakil dari Pakatan yang hadir memberi sokongan. Tiada juga solidariti untuk Kassim Ahmad.

Kalau isu yang ada peluang menghentam kerajaan maka sibuklah tukang canang memukul gendang serata negeri meminta keadilan ditegakkan katanya.

Kini semua menikus dan membatu macam patung cendana. Kata pejuang kebebasan bersuara, kata pendokong hak individu.

Cakap memang senang, tiba masa yang memanggil Pakatan bertindak, tidak ada satu pun yang berani.

Mana Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Liew Chin Tong? Mana Hadi Awang dan Mat Sabu? Mana Rafizi Ramli, Azmin Ali, Zuraidah Kamaruddin, Lateefa Koya? Mana Anwar, ‘pejuang’ yang selama ini terpekik-pekik memperjuangkan keadilan dan kebebasan bersuara?

Mengapa diam? Mengapa tiada perhimpunan jalanan atau demonstrasi? Kalau menyokong LGBT dan mengagungkan Guy Fawkes ramai pulak yang turun.

Adakah kerana Kassim Ahmad adalah ahli Umno? Bukankah dalam Pakatan tiada layanan double standard dan bukankah Pakatan sedia untuk berjuang untuk sekalian rakyat bagi menghentikan pentadbiran Umno/BN?

Bukankah Pakatan adalah yang paling adil dan telus dan berani?

Tanda setuju?


Atau kali ini diam tanda setuju? Kalau betul, maka bukan pejuang kebebasanlah Pakatan Rakyat?

Kalau Comango boleh bersuara, mengapa Kassim Ahmad tidak? Mana sokongan Pakatan pada individu dari Umno yang berani bersuara?

Bukankah Pakatan menjanjikan ruang kebebasan dan suara rakyat dihormati? Hak rakyat tidak kira latar belakang dan miskin kaya diambil kira dalam setiap pertimbangan.

Bukankah Pakatan juga berjanji untuk menentang undang-undang yang bertentangan dengan prinsip keadilan dan kebebasan rakyat atau bersifat anti-rakyat? Mana pergi semuanya?

Ini peluang Pakatan untuk lebih menyerlah. Berdiri di belakang Kassim Ahmad dan tentanglah kerajaan yang menyekat kebebasan bersuara rakyat.

Kalau setakat hangat-hangat tahi ayam dan tak serius untuk berjuang, jangan panggil diri pembela rakyat. Kalau takut dilabel pengkhianat, jangan label diri pejuang kebebasan.

Lisa Adam adalah pemerhati politik tanahair.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: