Pilihan Anda
Hudud: Selangor perlu laksana, contohi Kelantan
PEMUDA Pas Selangor menyokong penuh tindakan Kerajaan Negeri Kelantan yang akan menyiapkan rang undang-undang persendirian untuk dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi bagi membuka jalan ke arah pelaksanaan undang-undang jenayah Islam hudud dan qisas di negeri itu selewat-lewatnya pada tahun depan.
Pemuda Pas Selangor juga menyambut baik tindakan Kerajaan Pusat melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memberi jaminan untuk menyokong mana-mana negeri yang ingin menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam.
Dua rang undang-undang yang akan dikemukakan ke Parlimen itu ialah pertama, kebenaran kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud dan qisas mengikut Artikel 76(A) Perlembagaan Persekutuan dan kedua, pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa) 1965 untuk bidang kuasa lebih luas kepada mahkamah syariah di Kelantan.
Bidang kuasa lebih luas itu akan membolehkan mahkamah berkenaan mengenakan hukuman sejajar dengan peruntukan Hudud dan Qisas dalam Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan yang diluluskan pada 1993.
Enakmen itu tidak dilaksanakan sehingga sekarang kerana dari segi undang-undang, kuasa pelaksanaan undang-undang jenayah bagi kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam enakmen itu teletak dalam bidang kuasa kerajaan pusat.
Pemuda Pas Selangor berharap tindakan kerajaan negeri Kelantan ini dipandang serius oleh kerajaan pusat dan tidak lagi mencipta alasan-alasan yang tidak munasabah untuk menyekat pelaksanaan undang-undang jenayah Islam ini.
Tanggungjawab melaksanakan undang-undang ini sebenarnya terletak pada kerajaan pusat yang memiliki autoriti untuk melaksanakannya, menjadi satu kemestian untuk kerajaan pusat mempermudahkan serta membantu sehingga perkara ini dapat dilaksanakan. Kesungguhan dan kejayaan Brunei dalam melaksanakan undang-undang jenayah Islam juga sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada pemimpin utama negara.
Pemuda Pas Selangor memandang tindakan kerajaan negeri Kelantan ini sebagai membuka episod baru dalam memartabatkan syariat Islam di Malaysia. Tindakan ini juga akan menjadi contoh kepada seluruh negeri lain terutamanya negeri dibawah PR.
Pemuda Pas Selangor percaya, jika undang-undang Islam dilaksanakan dan penerangan yang jelas diberikan kepada rakyat, ia akan diterima baik termasuk mereka yang bukan beragama Islam.
Pemuda Pas Selangor juga senada dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pas Selangor melalui Ketua Penerangan Pas Negeri, Zaidy Abdul Talib yang menyeru agar kerajaan persekutuan dan negeri-negeri lain turut mencontohi kerajaan negeri Kelantan.
Pemuda Pas Selangor menyeru agar seluruh negeri dibawah pentadbiran PR akatan terutamanya Kerajaan Negeri Selangor dapat memulakan langkah yang sama dan dalam masa yang sama memberi penerangan yang jelas berkenaan undang-undang jenayah Islam kepada seluruh rakyat negeri Selangor.
Pemuda Pas Selangor memberi jaminan komitmen penuh untuk memberikan bantuan sekiranya kerajaan negeri Selangor bersedia memulakan langkah tersebut.
Syarhan Humaizi Abdul Halim
Ketua Pemuda Pas Selangor
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page

0 comments:
Post a Comment