Home » » 200,000 pekerja hilang kerja?

200,000 pekerja hilang kerja?

Written By kall on Tuesday, 20 January 2009 | 07:01

"Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan 200,000 pekerja di negara ini terpaksa diberhentikan berikutan merudumnya ekonomi global berbanding 85,000 pekerja sewaktu kemelesetan ekonomi 1998."

Aku rase aper yang dikatakan oleh MEF diatas memang ader kebenaranyer dipasir gudang sahaja lebih kurang seribu orng jugak yang dah hilang kerja samade kene berenti atau diberentikan atas alasan tak der sale atau memang sahaja berentikan pekerja untuk kurangkan kos.

Jadi apa keburukan yang akan kita alami apabila ramai org tak der kerja.Jangan pikir biler kita ader kerja kita selamat sebenarnya banyak akibat atau kesan bile ramai org takder kerja, bila takder kerja maknernyer takder lah duit , abis macamaner nak MAKAN atau bayar bil,utang kete,utang perabot,sewa rumah,PTPTN ,MARA,TEKUN,PUNB, atau yang lebih teruk kalau ader utang along. Kalau utang ngan abang long ko mungkin boleh lari kejap(takyah balik kampung) nih utg dengan pencekik darah.(abis sapa suruh pinjam).teringat aku jiran aku dulu ader kantoi dgn along,PERRG rumah abis kene campak ngan cat merah.. siap tulis besar2 "busuk punyer olang" . malu beb.

Jadi sebenarnya aper yang paling dirisaukan dalam situasi perberhentian kerja ni adalah masaalah jenayah yang akan melampau-lampau berlaku . Bila tiada iman didada dalam keadaan terdesak macam2 boleh berlaku. Baru2 ini 5 biji kedai dirompak dalam satu masa! berlaku di kawasan deretan kedai di air biru pasir gudang. yang aku tahu diorang siap bawak pistol beb. Kalo korang jadi org kedai tuh macamane ? Dan yang paling hebat rompakan tuh berlaku dalam keadaan orang ramai dalam kedai dan langsung tak tahu yang kedai tuh kene rompak.

Jadi banyak2 lah berdoa supaya dijauhkan dengan perkara2 yang menyusahkan kita. Dekatkan diri dengan Allah Taala Maka Allah Akan Dekat dengan Kamu.

2 comments:

siti said...

lebih dari 200 000 nih yang hialang kejer.....
makin banyak rompak?takutnyeer

Tuan Tanah said...

Jangan Takut Mintalah ,Haraplah,Rayulah, kepada Allah