Home » , » Urusan jual beli perlu ikut syariat

Urusan jual beli perlu ikut syariat

Written By kall on Monday 19 March 2007 | 09:54

Urusan jual beli perlu ikut syariat


URUSAN jual beli harus mengikut lunas ditetapkan. Dalam al-Quran diceritakan mengenai Nabi Syuaib menasihatkan kaum peniaga di Madyan yang gemar menindas melalui penipuan dalam perniagaan.



Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepadamu bukti nyata daripada Tuhanmu. Lalu sempurnakanlah tukaran dan timbangan dan jangan kamu kurangi barang tukaran dan timbangan bagi manusia.” (Surah al-Araaf, ayat 85).

Peniaga mengharapkan keuntungan kerana memperuntukkan modal, kepakaran, fikiran, tenaga dan masa untuk tujuan itu. Namun, ia perlu mengikut landasan adil dan tidak bercanggah dengan syariat.

Sesungguhnya antara pembeli dan peniaga saling memerlukan. Bagi kedua-dua pihak mendapat kebaikan, urus niaga perlu berjalan dalam suasana harmoni, selesa, selamat, berterusan dan memenuhi keperluan.

0 comments: