Home » » Tan Sri Khalid tak peduli desakan

Tan Sri Khalid tak peduli desakan

Written By kall on Saturday, 5 July 2014 | 08:45


Pilihan Anda

Tan Sri Khalid tak peduli desakan

SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mempedulikan desakan dan asakan untuk beliau melepaskan jawatannya selaku Menteri Besar Selangor.

Menurut Abdul Khalid, beliau tidak mempunyai sebarang komen berhubung desakan itu dan masih menjalankan tugas seperti biasa.

“Soalan spekulasi seperti ini bukan menguntungkan sesiapa pun, jadi saya rasa saya tidak ada komen,” katanya di dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.

Sementara itu, ketika diminta mengulas berhubung desakan kuat di kalangan pemimpin PR termasuk Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin yang memintanya melepaskan jawatan tersebut, Abdul Khalid berkata, beliau masih yakin dengan sokongan pemimpin PR di Selangor sambil menegaskan mandat rakyat kepada pakatan di Selangor harus dijalankan dengan sebaiknya.

“Saya yakin dengan sokongan Adun-Adun PR dan juga barisan Exco yang masih menyokong. Ini adalah mandat dari rakyat. Ini bermakna rakyat memberikan amanah kepada wakil-wakil Dewan Negeri menjalankan tugas a dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

“Ini adalah keutamaan kita,” katanya.

Beliau turut menegur Shamsul supaya menjadi lebih matang dalam mengeluarkan sebarang kenyataan supaya PR dapat bersaing dengan BN dalam apa juga bentuk keupayaan memimpin rakyat.

Menurutnya, desakan sebegitu hanya menunjukkan kelemahan PR dan ini hanya akan membuka ruang kepada BN untuk melumpuhkan PR terutamanya di Selangor.

“Saya rasa kepimpinan kita mestilah bertanggungjawab dan menunjukkan kematangan kerana Parti Keadilan adalah sebahagian daripada PR.

"Kita ingin menunjukkan sebagai satu kumpulan parti yang boleh bersaing dengan BN dalam apa juga bentuk dan mempunyai keupayaan jika dipilih oleh rakyat untuk memerintah negara,” katanya.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: