Pilihan Anda
PEKIDA nafi rancang bunuh Tan Sri Khalid, buat laporan polis
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam, bagi menolak tohmahan mengatakan ada ahli pertubuhan berkenaan menganggotai kumpulan militan di negara ini.
Ia susulan dakwaan sebuah laman sosial Facebook milik ‘Legasi Kongsi Gelap Melayu’ yang mengatakan ada ahli Pekida yang ber’baiah’ dengan kumpulan militan yang berada di rantau ini dan sedang merancang untuk membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar serta anggota polis yang lain.
Ketua Penerangan Pekida, Syahril Abdul Aziz berkata, ini adalah satu fitnah besar kepada seluruh anggota persatuan terbabit.
“Apabila kita sebut baiah, ia mesti berkait dengan Pekida. Perkara itu jelas tidak benar sama sekali,” katanya kepada media ketika ditemui media di IPD tersebut.
Beliau kesal dengan fitnah tersebut dan menafikan dakwaan adanya penglibatan ahli persatuan tersebut dengan kumpulan militan.
Syahril juga mengesahkan, lima lelaki yang menjadi buruan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terbabit dengan kegiatan militan bukan ahli Pekida.
“Sekiranya ada anggota Pekida yang menyertai kumpulan militan, kami akan mencari individu tersebut dan menyerahkannya kepada PDRM,” katanya.
Beliau meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyiasat perkara ini serta meminta polis mengesan pemilik Facebook berkenaan secepat mungkin.
Hasil semakan terkini, page berkenaan didapati telah di remove dari facebook.
Sumber: Suara Generasi Baru
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280"; Ia susulan dakwaan sebuah laman sosial Facebook milik ‘Legasi Kongsi Gelap Melayu’ yang mengatakan ada ahli Pekida yang ber’baiah’ dengan kumpulan militan yang berada di rantau ini dan sedang merancang untuk membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar serta anggota polis yang lain.
Ketua Penerangan Pekida, Syahril Abdul Aziz berkata, ini adalah satu fitnah besar kepada seluruh anggota persatuan terbabit.
“Apabila kita sebut baiah, ia mesti berkait dengan Pekida. Perkara itu jelas tidak benar sama sekali,” katanya kepada media ketika ditemui media di IPD tersebut.
Beliau kesal dengan fitnah tersebut dan menafikan dakwaan adanya penglibatan ahli persatuan tersebut dengan kumpulan militan.
Syahril juga mengesahkan, lima lelaki yang menjadi buruan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terbabit dengan kegiatan militan bukan ahli Pekida.
“Sekiranya ada anggota Pekida yang menyertai kumpulan militan, kami akan mencari individu tersebut dan menyerahkannya kepada PDRM,” katanya.
Beliau meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyiasat perkara ini serta meminta polis mengesan pemilik Facebook berkenaan secepat mungkin.
Hasil semakan terkini, page berkenaan didapati telah di remove dari facebook.
Sumber: Suara Generasi Baru
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
0 comments:
Post a Comment