Akak Dibalik Pintu
Azwan Kena Sound.... Jalankan ibadah umrah banyak kali pun tak guna kalau mulut busuk
KUALA LUMPUR 5 Julai - Pengacara kontroversi Azwan Ali dinasihatkan supaya tidak lagi membuat kenyataan menghina bangsa Melayu terutamanya melibatkan peniaga-peniaga kecil apatah lagi di bulan Ramadhan.
Ketua Penerangan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (PEKIDA) Shahril Abdul Aziz berkata, kenyataan celupar sedemikian tidak sewajarnya dikeluarkan oleh Azwan.
"Jangan hendak menghina bangsa Melayu. Kalau tak sedap sekalipun janganlah beli. Kalau rasa tawar sekalipun ia akan menjadi nikmat dan itulah kelebihan orang yang berpuasa.
innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
"Jangan ingat dengan glamor, jalankan ibadah umrah banyak kali pun tak guna kalau mulut busuk," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.
PEKIDA hari ini tampil membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan mengatakan pertubuhan mereka terlibat dengan kumpulan pengganas dan militan.
Jelasnya, dakwaan yang disebarkan menerusi akaun Facebook 'Legasi Kongsi Gelap Melayu 4' mengatakan PEKIDA akan menyerang dan membunuh Ketua Polis Negara serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak benar.
innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";
0 comments:
Post a Comment