Home » » Update Terkini - Rampasan MH370 Telah Di Rancang

Update Terkini - Rampasan MH370 Telah Di Rancang

Written By kall on Monday, 17 March 2014 | 03:09


Info Menarik & Cerita Menarik

Update Terkini - Rampasan MH370 Telah Di Rancang


Pesawat MH370 pasti dirampas secara berkumpulan dan pejenayah ini memang pakar tentang pesawat tersebut, pejenayah ini mahir dari segi teknikal dan sebagainya.

MH370 Dirampas Secara Berkumpulan & Terancang | Sebelum ini, kita digemparkan dengan teori konklusif pesawat MH370 telah dirampas. Namun hari ini terdapat berita mengatakan pesawat MH370 dirampas secara terancang dan berkemungkinan secara berkumpulan.

rampasan kapal terbang, kapal terbang mh370 dirampas, mh370 dirampas pengganas, rampasan pesawat mh370 di china, pesawat mh370 sah dirampas, hijacked plane
Sekadar Hiasan

memetik akhbar Sinar Harian, pesawat Boeing 777 ini bukan sembarangan pesawat, ia adalah pesawat dilengkapi ciri keselamatan yang canggih. Ini termasuk, pintu menghubungkan kokpit dengan pesawat hanya boleh dibuka dari kokpit.

Baca Juga : Punca Telefon Berdering Dalam MH370 Yang Wajib Korang Tau

Sumber enggan namanya didedahkan memberitahu, jika seseorang mahu merampas pesawat, adalah sukar untuknya memasuki kokpit.

Ini kerana, hanya juruterbang dan pembantu juruterbang sahaja yang boleh membuka pintu tersebut.

"Ia sukar dilakukan melainkan mendapatkan bantuan 'orang dalam'. Jika ini berlaku adalah lebih mudah seseorang merampas pesawat," katanya.

Jika seseorang mampu memasuki kokpit pesawat, transponder boleh dimatikan secara manual kerana transponder mudah dikendalikan.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut kerana siasatan masih berjalan.

Apabila ditanya adakah wujud cara lain untuk mengawal pesawat selain dari memasuki kokpit, beliau berkata, terdapat cara lain namun sukar dilakukan.

Jika seseorang mempunyai kemahiran tinggi dalam menggodam, tidak mustahil mampu  menggodam sistem pesawat.

Ini kerana, pesawat Boeing 777 mempunyai sistem berkomputer iaitu 'fly by wire system' yang mungkin boleh digodam oleh seseorang yang berkemahiran tinggi. -SINAR HARIAN


0 comments: