Home » » Satu Lagi Bayangan Tentang MH370

Satu Lagi Bayangan Tentang MH370

Written By kall on Tuesday, 25 March 2014 | 22:13


Info Menarik & Cerita Menarik

Satu Lagi Bayangan Tentang MH370


Berikut adalah “bayangan” beliau 2 hari sebelum MH370 hilang:butterflies-and-heaven-via-Shutterstock-615x345
Assalamualaikum wtb,
Salam penuh keinsafan, saya di sini terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang saya sendiri rasa tertahan-tahan dan bingung dengan apa yang saya nampak. Saya bukan bomoh (teropong) atau ahlul nujum yang sewenang-wenangnya menggunakan nama Allah sebagai satu sumpah dan perkataan yang mampu untuk menyakinkan sesiapa yang mendengar atau membaca kisah ini.
Saya, sebelum kejadian MH307 yang telah menjadi satu tragedi negara mahupun dunia, yang sebelumnya mata-mata dunia tidak kenal Malaysia, kerana ada yang kata Kuala Lumpur adalah ibu negara Indonesia (kesian tak tahu). Saya merasakan sesuatu yang agak aneh berlaku (kebetulan) pada sekeliling saya. Rama-rama putih mengelilingi saya, kejadian ini bukan dalam waktu tidur (mimpi) tetapi pada keadaan sedar “Real Time”. Selalunya bila ada rama-rama putih ni saya dapat tahu ada orang akan hubungi saya untuk minta tolong (perubatan). Tetapi apa yang berlaku setelah rama-rama putih beransur, rama-rama hitam muncul. Biasanya bila ada rama-rama hitam mendekati saya, saya akan merasa kurang selesa kerana apa yang berlaku dua ke tiga hari nanti adalah sesuatu yang agak kurang senang keputusannya (harap kebetulan).
Setelah dua hari kejadian tersebut berlaku, kita, satu Malaysia dikejutkan dengan berita kehilangan MH370, isteri saya dengan pantas mendapatkan saya dengan menyampaikan berita tersebut. Saya pun mendapatkan maklumat mengenai kejadian tersebut, maaf saya katakan disini bukan saya buat-buat, saya seperti digambarkan dalam kapal terbang sebagaimana yang diceritakan oleh Ustaz Darul Manzil. Saya nampak keadaan yang agak cemas dan masing-masing dalam keadaan yang kurang selesa. Mereka tidak dibenarkan untuk bergerak waima berdiri di kerusi mereka sendiri. Mereka perlu patuh pada arahan yang dikeluarkan. Saya tidak tahu dari mana datang arahan itu, cuma apa yang saya boleh gambarkan keadaan dalam kapal terbang begitu tegang.
Anak-anak kapal tidak kelihatan, walau seorang pun. Saya digambarkan dengan pandangan dari bahagian belakang ke hadapan kapal terbang. Saya digambarkan dengan keluasan dan saiz kapal terbang sebenar MH370. Mungkin disebabkan terlalu memikirkan kejadian kehilangan MH370 sehingga saya terbawa-bawa dalam mimpi. Saya didatangai seorang perempuan sambil mendukung bayi sebanyak 2 kali pada setiap malam berturut-turut. Anehnya saya yang meminta tolong untuk diselamatkan (kata orang mimpi selalunya terbalik) tetapi perempuan tersebut menggelengkan kepala dan lenyap dari pandangan.
Sehingga hari ke empat dan kelima saya masih digambarkan dengan keadaan dalam kapal terbang yang serupa, tetapi saya memohon pada Allah agar pandangan ini dilenyapkan seketika untuk saya menumpukan pada hal-hal keperluan saya sehari-hari. Tetapi saya di gambarkan sekali lagi dengan pandangan yang kurang enak iaitu tempat duduk dalam kapal terbang tanpa penumpang dan bercahaya pada awalnya dan kawasan sekeliling gelap, tiada cahaya.
Hari seterusnya, saya memohon pada Allah swt untuk digambarkan lagi dengan keadaan penumpang MH370, malangnya saya digambarkan dengan gambaran yang sama iaitu tempat duduk kosong tanpa penumpang dan dari bercahaya sehingga gelap. Sehingga ke hari ini saya tak dapat melihat apa-apa gambaran sebagaimana peringkat awal hingga cahaya gelap menyelubungi kapal terbang tersebut. Dan pada jangkaan saya ianya bermaksud ianya telah berakhir. Berakhir tanpa sebarang berita yang betul-betul sahih dan menjadi misteri MH370…..
Di sini saya memohon maaf atas apa yang saya lontarkan. Ini adalah pengalaman saya yang saya ingin kongsikan bersama. Maaf sekiranya ada sebarang ketelanjuran.
Wallahuaklam…
Mungkin apa yang ditulis beliau ada benarnya atau sebaliknya, terpulang pada pembaca untuk menilainya sendiri.


0 comments: