Home » » Foodies : Lebih 15 Jenis Burger, MyBurgerLab Gabungkan Resipi Dari Seluruh Dunia

Foodies : Lebih 15 Jenis Burger, MyBurgerLab Gabungkan Resipi Dari Seluruh Dunia

Written By kall on Tuesday, 25 March 2014 | 00:27


Cerita Kedai Kopi

Foodies : Lebih 15 Jenis Burger, MyBurgerLab Gabungkan Resipi Dari Seluruh Dunia

Foodies : Lebih 15 Jenis Burger, MyBurgerLab Gabungkan Resipi Dari Seluruh Dunia
Anda penggemar burger tetapi dah bosan dengan burger bakar biasa dan ingin mencuba sesuatu yang unik? Nah, kami ada jawapannya. Tidak dinafikan, kesibukan bekerja adakalanya membuatkan kita terlupa untuk menjamu selera.
Tambah pula, ditengah kesibukan kota, pastinya sukar untuk mencari tempat makan yang benar-benar menepati citarasa. Namun, bagi penggemar makanan western seperti burger, anda tidak perlu risau lagi kerana MyBurgerLab menawarkan lebih 15 jenis burger untuk dinikmati.

Foodies : Lebih 15 Jenis Burger, MyBurgerLab Gabungkan Resipi Dari Seluruh DuniaInilah dia tauke besar di MyBurgerLab, Ren Yi
Pengalaman penulis merasai keunikan dan keenakan rasa burger disini benar-benar membuatkan hati tertambat dan tidak dapat dilupakan.
Sebaik saja melangkah masuk ke restoran berkenaan, penulis disambut mesra oleh pekerja dan pelayan yang sedang khusyuk melakukan tugas masing-masing.
Sambil menunggu pesanan, penulis mula merindui zaman persekolahan apabila melihat hiasan dalamannya yang unik dan berkonsepkan ala makmal sekolah. Terasa seperti ‘Back To School’ pula.
Tambah pula, kelainan dalam setiap resepi dan ditambah dengan kemanisan bawang serta tomato ceri yang dipanggang sempurna dengan salad segar, benar-benar memberi kesegaran dan kepuasan dalam setiap gigitan.
Jom kita lihat burger apa yang sedap dan wajib dicuba :
1. Waterballon
Foodies : Lebih 15 Jenis Burger, MyBurgerLab Gabungkan Resipi Dari Seluruh Dunia
Kami beri 5 bintang. Nak tahu kenapa? Kerana ianya merupakan burger yang lain dari sejarah burger sebelum ini. Menggabungkan rasa daging dengan campuran buah tembikai serta laici, sekali rasa pasti terangkat.
Gigitan pertama saja sudah cukup memikat dan menggambarkan rasanya yang segar. Percikan jus buah tembikai disertai dengan daging yang dibakar sempurna pastinya membuatkan pengunjung teruja.
2. Chicken and Egg Dilemma
Foodies : Lebih 15 Jenis Burger, MyBurgerLab Gabungkan Resipi Dari Seluruh Dunia
Pernah makan burger special yang dijual di mana-mana stall burger? Resepi Chicken and Egg Dilemma dilihat seakan-akan sama dengan burger biasa.
Namun, apa yang menjadikannya lain daripada yang lain adalah telur yang diadun dengan mayonis dan diletakkan diatas sekeping daging burger, menjadikan ia seolah-olah sandwich telur yang ditambah dengan pati daging. Hmm, untuk hidangan ini, kami bagi 4 bintang.
3. Beef Jam With Elvis
Foodies : Lebih 15 Jenis Burger, MyBurgerLab Gabungkan Resipi Dari Seluruh Dunia
Yang ini pula merupakan kombinasi daging lembu, jem blueberry, bawang serta keju. Rasanya? Sekali gigit rasa seperti makan meatball di Ikea, tapi sebenarnya ia mempunyai rasa yang amat unik dan sedap dengan harga . Untuk burger ini, kami beri 4 bintang.
4. Beef Seattle
Foodies : Lebih 15 Jenis Burger, MyBurgerLab Gabungkan Resipi Dari Seluruh Dunia
Pasti anda tertanya-tanya mengapa kami memuatnaik foto donut bukan? Untuk pengetahuan, ini merupakan resepi terbaru BurgerLab yang  menggunakan donut bagi menggantikan roti dan diberi sedikit rasa ‘expresso coffee’ yang pastinya akan menggerakkan semua deria rasa anda. Unik dan menarik, untuk ini kami beri 4 bintang juga.
5. Vivien’s Husband
Foodies : Lebih 15 Jenis Burger, MyBurgerLab Gabungkan Resipi Dari Seluruh Dunia
Penggemar makanan vegetarian jangan risau kerana di MyBurgerLab, mereka turut menyediakan hidangan yang sesuai untuk anda. Vivien’s Husband ini merupakan burger yang mengandungi cendawan Portabello, kiub nenas, mayonis dan juga keju.
Rasanya sangatlah memikat dan terasa seolah-olah menikmati cendawan goreng bersama jem nenas. Untuk ini kami beri 5 bintang.
Cubalah! Jangan risau, MyBurgerLab menawarkan set makanan yang amat berpatutan bermula dengan harga serendah RM11 hinggalah RM18.50.
Kalau berminat nak add on, MyBurgerLab turut menyediakan makanan sampingan sepertiHashbrown, Fried Avocado dan macam-macam lagi.
Jadi, pada anda yang masih berfikir untuk makan dimana, boleh datang ke cawangan MyBurgerLab yang terletak di Seapark, Petaling Jaya dan Taman OUG atau layari dulu Facbook MyBurgerLab. Jadi tunggu apa lagi? Jom serang BurgerLab sekarang!


0 comments: