Pilihan Anda
Aktivis sosial pernah hina negara, Irene Fernandez meninggal dunia
KUALA LUMPUR - Aktivis sosial Irene Fernandez meninggal dunia hari ini akibat komplikasi jantung.
Menurut adiknya Josie, Irene, 67, meninggal dunia pada 10.58 pagi ini di Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Serdang.
"Sejak Jumaat lepas keadaan Irene semakin serius dan koma," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata kakaknya itu dimasukkan ke hospital itu Selasa lepas setelah mengadu sakit dada.
Irene yang merupakan pengerusi dan pengasas badan bukan kerajaan Tenaganita meninggalkan suami, Joseph Paul dan tiga orang anak.
Jasad mendiang akan dibawa pulang ke rumahnya di Seremban, kata Josie. -Bernama
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page

0 comments:
Post a Comment