Info Menarik & Cerita Menarik
Update Terkini - MH370 Mungkin Di Rampas Menggunakan HP
Pakar-pakar keselamatan bimbang kemungkinan pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) dirampas menggunakan 'telefon bimbit', lapor akhbar Daily Express semalam.
Beberapa pakar perisikan percaya pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kemungkinan dikawal oleh sebuah alat kawalan jauh.
Akhbar Daily Express melaporkan bahawa kelajuan pesawat, ketinggian atau arah juga boleh ditukar menggunakan isyarat elektronik.
Mereka yang disyaki terlibat dalam rampasan itu kemungkinan kumpulan pengganas atau sebuah negara asing.
Portal berita theweek.co.uk yang memetik kenyataan Leivesley, penggodam mungkin menggunakan telefon bimbit untuk mengubah kelajuan dan altitud pesawat sehingga menyebabkan ia terhempas.
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak menolak kemungkinan pesawat MH370 mungkin berada di satu lokasi rahsia.
DailyMail Online yang memetik kenyataan sumber melaporkan pesawat terbabit mungkin dirampas dan kesemua 239 penumpang dan anak kapalnya kini ditahan di satu tempat rahsia.
Dalam pada itu, stesen radio Amerika Syarikat (AS) WNYC melaporkan, sebanyak 634 lokasi boleh menjadi tempat pesawat MH370 mendarat, dari Australia hingga ke Maldives dan Pakistan.
sumber
Kosmo
0 comments:
Post a Comment