Pilihan Anda
Tinggal serumah dengan bukan mahram perkara biasa
Gambar hiasan |
Itu alasan diberikan seorang pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi (IPT), di sini, yang tinggal serumah sejak lebih setahun lalu bersama beberapa rakan lelaki serta wanitanya.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Yus, 22, dari Maran berkata, tindakannya itu dianggap perkara biasa memandangkan ada rakan lain tinggal bersama pelajar perempuan atau sebaliknya berikutan mudah untuk berurusan berkaitan pelajaran selain tidak perlu membuang masa mencari teman serumah lain.
Pelajar tahun dua jurusan teknologi maklumat itu berkata, dia menerima pelawaan rakan sekolej setahun lalu untuk tinggal bersama selepas rumah yang mereka sewa RM800 sebulan mempunyai bilik kosong.
PELAJAR IPT yang hanya mahu dikenali sebagai Yus. |
“Tanpa berfikir panjang atau risiko yang bakal dihadapi, saya bersetuju kerana pada masa itu saya memerlukan bilik selain mahu bebas kerana sebelum ini tinggal bersama abang di Tanjung Lumpur, di sini.
Walaupun pada awalnya berasa kurang selesa dan malu kerana tinggal bersama empat orang perempuan, namun sekarang ini sudah biasa malah kami selalu lepak bersama di ruang tamu menonton televisyen,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Anak keempat daripada enam beradik itu berkata, bagi mengelak tindakannya itu dihidu keluarga masing-masing, mereka akan memaklumkan terlebih dulu kepada teman serumah supaya dia mengemas barangnya atau menumpang sementara di rumah rakan jika ada anggota keluarga datang melawat.
“Pernah ahli keluarga rakan terjumpa baju dan kasut milik perempuan dan menyoal siapa pemilik barang terbabit, namun nasib baik mereka pandai menyembunyikannya dengan berbohong ia dipinjam atas tujuan tertentu,” katanya.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
0 comments:
Post a Comment