Home » » Ahli Perniagaan Saman Zarina Anjoulie

Ahli Perniagaan Saman Zarina Anjoulie

Written By kall on Monday, 17 March 2014 | 19:39


Info Menarik & Cerita Menarik

Ahli Perniagaan Saman Zarina Anjoulie


Rindu kan Zarina Anjoulie Lavocah? Sudah lama kan pelakon ini menyepi? Tiada sebarang kontroversi yang melanda dirinya sejak kebelakangan ini. Namun hari ini menerusi The Star, seorang ahli perniagaan telah pun menyaman Zarina Anjoulie atas sebab kecuaian dan penipuan sebuah kereta mewah.
zarina anjoulie
Ahli perniagaan yang bernama Kevin Shah Kadar Shah, 33 memberitahu yang ayahnya telah membeli sebuah kereta terpakai BMW 3201 Limousine RHD dan meminjamkan kereta tersebut kepada Zarina Anjoulie yang merupakan seorang kawan untuk kegunaan harian. Namun selepas kematian ayahnya, Zarina Anjoulie tidak membuat usaha untuk memulangkan kereta tersebut.
zarina anjoulie
Pemeriksaan lanjut mendapati kereta tersebut mempunyai 2 plat nombor iaitu WTN 8850 dan BLP 8858. Kevin Shah kemudiannya mendakwa telah berlaku penipuan dan pemalsuan tandatangan oleh Zarina Anjoulie atau pihak lain kerana ayahnya tidak pernah membuat pendaftaran nombor plat BLP 8858 ketika hayatnya. Untuk informasi lanjut, sila baca artikel The Star.


0 comments: