Home » » Penjual ensiklopedia jadi pemilik hotel

Penjual ensiklopedia jadi pemilik hotel

Written By kall on Saturday, 6 August 2011 | 18:22


'Kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya', begitulah pepatah Melayu dicipta bagi menggambarkan betapa seseorang individu perlu gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.

Pepatah itu bertepatan dengan pencapaian yang diraih oleh pemilik Apple Hotel, Jerry Ho yang melalui pelbagai liku-liku kehidupan sebelum mampu mencipta kejayaan dalam industri perhotelan di negara ini.

Ho, 55, merupakan anak Malaysia yang datang daripada keluarga miskin tetapi menjadikan kekurangan yang ada sebagai pendorong untuk lebih berjaya.

Biarpun tidak memperoleh pendidikan tinggi, itu bukan alasannya kerana Ho, beliau berpendapat, hanya orang yang rajin akan menikmati kemanisan buah kejayaan.

''Untuk berjaya, saya perlu rajin dan saya mula bekerja gigih sejak usia 18 tahun.

''Saya juga pernah hidup dengan hanya berbekalkan RM3 dalam poket sepanjang pengalaman bekerja dan ia menjadikan saya lebih kuat,'' katanya yang juga Pengarah Urusan Apple Hotel Sdn. Bhd.

Ho memberitahu Utusan Malaysia ketika ditemui di sini bahawa beliau sendiri tidak menyangka pada suatu hari nanti dia akan memiliki hotel sendiri iaitu Apple Hotel yang terletak di Jalan Alor, Bukit Bintang di sini kerana dia hanya memiliki kerjaya sebagai penjual jualan langsung ensiklopedia pada usia 18 tahun.

''Menjadi jurujual ensiklopedia banyak mengajar saya tentang strategi perniagaan dan bagaimana untuk berniaga,'' katanya.

Selepas menjual ensiklopedia, Ho telah menceburi pelbagai jenis kerja termasuk dengan syarikat niaga import dan eksport antarabangsa.

Ho juga pernah menyertai syarikat kontraktor landskap dan pernah menjadi syarikat utama dalam pembangunan taman tema Sunway Lagoon di Kuala Lumpur.

Ahli perniagaan ini juga pernah bekerja di Disneyland, Amerika Syarikat.

Sekarang Ho menulis buku bertajuk 'Hitting The Property Jackpot' setebal lebih 300 muka surat yang menceritakan tentang potensi untuk mencapai kejayaan dalam dunia hartanah.

0 comments: