"Mula-mula saya cari mesin yang mampu menghasilkan kuih raya ini di serata Kuala Lumpur. Namun sukar untuk menjumpai mesin tersebut. Jika ada pun, semuanya amat mahal untuk ditempah.
"Malah, saya juga pernah ke Pulau Pinang semata-mata mahu mencari mesin yang sesuai dengan keperluan saya untuk menghasilkan kuih raya dengan kadar yang banyak," ujar pengusaha kuih raya, Norizan Kamarudin.
Namun, penat lelah Norizan ke hulu hilir mencari mesin yang sesuai akhirnya menemukannya dengan syarikat Zull Design Autotronic (ZDA), di Rawang, Selangor.
Jelas Norizan, pada mulanya dia dan suami tidak pernah terfikir akan kemampuan syarikat ZDA untuk menghasilkan mesin kuih seperti yang dikehendaki.
Setelah puas mencari menerusi Internet, akhirnya mereka terjumpa iklan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut yang mana mampu menghasilkan sebuah mesin mengikut keperluan dan kehendak pengusaha.
"Saya dan suami kemudian mengambil keputusan untuk ke sini (ZDA).
"Di sini bukan sahaja kami dapat mesin yang mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Malah ia juga boleh direka berdasarkan kemampuan kami," katanya.
Tambah Norizan, dia dan suami kini sedang mengusahakan perniagaan kuih dan biskut sempena musim perayaan.
Justeru, penggunaan mesin khas untuk menghasilkan kuih dalam kuantiti banyak dalam masa yang singkat amat diperlukan.
Malah, mesin yang ditempah khas daripada ZDA mampu menghasilkan tiga hingga lima jenis kuih.
"Kami kini menerima banyak tempahan. Jika kuih dihasilkan secara manual semenangnya tidak sempat untuk memenuhi permintaan pelanggan," katanya.
Sementara itu ,menurut pereka mesin ZDA, Zamadauwiyah Wahab, mesin yang dikenali sebagai Mepek dihasilkan oleh syarikat berdasarkan keperluan dan kehendak pelanggan.
"Kita ada menghasilkan mesin yang telah siap, namun ia kebiasaan perlu dinaik taraf mengikut kesesuaian kehendak pelanggan.
"Bagi harga sebuah mesin Mepek semi automatik kebiasaannya di bawah RM10,000 dan automatik sepenuhnya di bawah pada harga RM20,000," katanya.
Mepek dijana oleh kuasa angin (pneumatik) yang dihasilkan oleh pemampat elektrik yang dibekalkan bersama mesin tersebut.
Bergerak secara mekanikal, pengendali Mepek harus meletakkan adunan kuih secara manual dan mengawal mesin tersebut sehingga mendapat bentuk kuih yang dikendaki.
Mepek, dapat membantu pengusaha dalam mempercepatkan proses membentuk acuan kuih sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga manusia jika dilakukan secara manual.
Sehingga kini beberapa buah mesin Mepek telah dijual. Kebanyakannya dibeli oleh mereka yang baru menceburkan diri dalam bidang perusahaan secara kecil-kecilan.
Ujar Zamadawiyah, apabila perniagaan pengusaha terbabit semakin meningkat, ZDA akan turut membantu bagi menaiktaraf mesin sesuai dengan keperluan serta penggunaan mesin oleh pengusaha yang semakin berkembang.
Biarpun harga mesin tersebut dilihat agak kompetitif dan berpatutan namun masih terdapat pengusaha yang tidak mempunyai modal besar meskipun amat memerlukan bantuan mesin seumpamanya.
Di sini ZDA memainkan peranannya yang utama dalam membantu mereka yang memerlukan.
Jelas Zamadauwiyah, ada pelanggan yang memiliki modal kecil namun amat memerlukan mesin sedemikian kerana baru mula berniaga.
"Untuk pelanggan yang tidak mempunyai modal yang besar kita akan bina mesin tersebut mengikut keperluan dan kemampuan mereka.
"Katakan jika mereka memiliki modal hanya RM5,000 maka kita akan cipta mesin pada harga tersebut. Namun objektifnya tetap sama agar dapat membantu meningkatkan perniagaannya," kata beliau.
Ujar beliau, selain mudah dihasilkan, Mepek juga boleh diubah suai mahu pun dinaik taraf pengunaannya dari semasa ke semasa.
Beliau turut berkesempatan menunjukkan demonstrasi mesin pembuat kuih semperit dan kuih dahlia yang berfungsi secara automatik sepenuhnya.
Kuasa bagi mesin tersebut digerakan oleh beberapa motor dan dikawal secara terus dari kotak kawalan.
Justeru, pelanggan boleh menentukan sendiri acuan, jenis dan saiz kuih yang ingin dihasilkan.
Namun, selain kuih semperit dan dahlia, terdapat pelbagai lagi jenis kuih lain dapat dihasilkan oleh mesin yang sama.
Pemiliknya hanya perlu menukar acuan mengikut jenis kuih yang ingin dihasilkan.
Ditanya bagaimana dengan permintaan pelanggan terhadap mesin tersebut, ujar Zamadauwiyah, pada bulan biasa mereka dapat tempahan dua hingga tiga mesin yang sama.
Namun, menjelang musim perayaan atau bulan Ramadan, permintaan tersebut meningkat dan ia tidak termasuk permintaan terhadap pelbagai lagi mesin lain.
1 comments:
zzzzz2018.8.3
moncler online
ralph lauren uk
cheap basketball shoes
true religion jeans
fitflops
canada goose jackets
vibram five fingers
coach outlet
canada goose jackets
ugg boots on sale 70% off
Post a Comment