Home » » DAP Kedah Melampau!! Tak puas Hati Kuota Bumi 50%

DAP Kedah Melampau!! Tak puas Hati Kuota Bumi 50%

Written By kall on Tuesday 7 July 2009 | 12:37


DAP berani buat ugutan di Kedah

PENARIKAN keluar wakil DAP dalam kerajaan campuran pakatan pembangkang di Kedah semakin menarik. Matlamat politik DAP masih lagi berbau perkauman yang sempit dan harus ditolak oleh semua kaum jika Satu Malaysia hendak direalisasikan.

Wakil DAP, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Darulaman, Lee Guan Aik mengatakan penarikan diri beliau bukan sekadar isu merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya malah termasuk juga isu pentadbiran kerajaan negeri Kedah yang lain seperti kuota pemilikan rumah 50 peratus untuk kaum Bumiputera. Beliau juga mahukan kerajaan yang telus dan kesamarataan dalam polisi untuk semua kaum seperti yang diperjuangkan oleh pakatan pembangkang.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su pula menuduh Majlis Bandaraya Alor Setar merancang merobohkan kuil-kuil Hindu dan tokong-tokong Cina. Tuduhan seperti ini adalah berbahaya kerana membakar semangat perkauman dan tidak boleh dibiarkan.

Jika tuduhan itu tidak benar kesannya sudah pun berlaku. Perasaan curiga antara kaum sudah berputik. Apakah tindakan Kementerian Dalam Negeri mengenai hasutan seperti ini?

Tindakan DAP dilihat tidak menunjukkan sikap kesamarataan untuk semua kaum seperti yang dilaung-laungkan. Janganlah bertindak mengikut kriteria untuk memuaskan hati sesuatu kaum sahaja.

Isu pusat penyembelihan babi mestilah mengambil kira sensitiviti kaum lain juga. Ia tidak boleh berdekatan dengan kawasan penduduk yang didiami oleh semua kaum. Menteri Besar Kedah telah pun meminta pihak yang terlibat mencari alternatif lain.

Tempoh supaya berpindah yang lama telah pun diberi. Jadi tidak timbul soal tindakan yang terburu-buru dan tidak berperikemanusiaan.

Isu kuota pemilikan rumah 50 peratus bagi kaum Bumiputera juga tidak harus dipersoalkan kerana majoriti penduduk di Kedah adalah kaum Bumiputera. Adakah DAP mahu orang Melayu hanya tinggal di kampung sahaja dan tidak layak tinggal di bandar-bandar?

Mengapa kuota pemilikan rumah mesti kekal 30 peratus walhal kaum Bumiputera di Malaysia adalah melebihi 60 peratus.

Di sinilah dilihat pemikiran sesetengah pemimpin DAP yang masih lagi berlandaskan keperluan untuk sesuatu kaum sahaja. Jika tidak boleh berkompromi dalam satu-satu pakatan, mana mungkin DAP dapat bekerjasama mentadbir satu kerajaan.

Baru mentadbir sebuah negeri sahaja sudah menunjukkan sikap yang cenderung memihak kepada kaum tertentu bagaimana pula mahu bekerjasama dalam satu kerajaan yang besar di peringkat pusat.

Kerajaan BN yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun meliberasikan banyak perkara tetapi sesetengah pemimpin DAP masih memperjuangkan ideologi yang sempit.

Kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas tidak usah berlembut dengan ugutan daripada DAP. Parti itu cuma mempunyai seorang wakil sahaja tapi sudah berani membuat ugutan. Pemimpin Pas harus bijaksana membuat keputusan.

0 comments: