Home » » Ikhlas resipi kejayaan Pak Tam dan isteri

Ikhlas resipi kejayaan Pak Tam dan isteri

Written By kall on Friday 9 February 2007 | 14:55

Hari ini kalo baca utusan malaysia rase bangga dengan resepi kejayaan pak tam dalam perniagaan restoran dier...

RAHSIA KEJAYAAN PAK TAM
- Mulakan perniagaan ikut kemampuan diri sesuai dengan apa yang telah dimiliki.

- Elakkan diri dari meminjam sama ada dengan bank apa lagi ceti atau ah long.

- Berprasangka baik dengan semua orang terutama pesaing dan rakan peniaga lain.

- Jangan mudah berpuas dengan apa yang dicapai.

- Sentiasa belajar dan memperbaiki diri agar perniagaan terus maju.

- Jangan takut untuk mencuba sesuatu jika ia boleh meningkatkan lagi perniagaan.

- Mesti pasang niat hanya kerana Allah s.w.t sebelum memulakan sesuatu pekerjaan pada setiap pagi.

- Amalkan sesi tarbiah, muzakarah dan muhasabah serta membaca al-Quran bersama seluruh kakitangan sebelum memulakan tugas setiap pagi.

- Sentiasa ingat dan mengingatkan yang mati matlamat kehidupan dan perniagaan (dunia) adalah amanah yang perlu dilaksanakan.

- Hayati, fahami dan amalkan cara hidup Islam yang berteraskan al-Quran dan al-Sunah.

- Sentiasa ingatkan diri, keluarga dan pekerja pemilikan di dunia akan hilang tetapi amal ibadah kerana Allah s.w.t. kekal abadi.

- Peka dan prihatin dengan perkembangan, cita rasa pengguna dan pasaran semasa.

- Jangan bertindak melawan arus.

- Sertai setiap peluang dan program keilmuan disediakan kerajaan melalui agensi-agensi berkaitan.

- Kembang dan berkongsi pengalaman serta ilmu niaga dengan yang memerlukan.

- Yakin dengan diri sendiri dan apa yang diusahakan.

0 comments: