Home » » Kekasih gadai tubuh selepas terlanjur dengan teman lelaki

Kekasih gadai tubuh selepas terlanjur dengan teman lelaki

Written By kall on Thursday, 5 June 2014 | 10:30


Pilihan Anda

Kekasih gadai tubuh selepas terlanjur dengan teman lelaki

Gambar hiasan
Saya mempunyai seorang teman wanita yang sudah dikenali selama lima tahun. Saya mencintai dan menyayanginya. Sejak kebelakangan ini, dia mula menjauhkan diri.

Jujur saya katakan, kami pernah terlanjur. Atas kesedaran itu, saya berjanji akan bertanggungjawab. Selepas peristiwa itu, kekasih mula merosakkan diri sendiri.

Akhirnya, saya dapat tahu dia menjalankan hubungan sulit dengan lelaki lain. Remuk hati saya. Masih terpalit rasa sayang yang amat mendalam kepadanya.

Dr, saya sanggup menerima dia walau apa pun yang terjadi. Saya tidak sanggup berpisah dengan dia. Saya tidak tahu apa lagi yang saya perlu lakukan.


JEJAKA SEDIH,

Pahang.

Dr empati dengan adik dan tahu bukanlah sesuatu yang mudah untuk melupakan kenangan manis yang pernah terjalin antara kita dengan orang yang disayangi.

Ibarat kata pepatah, cinta adalah keabadian dan kenangan terindah yang pernah dialami. Kenangan dan cinta sememangnya tak boleh dipisahkan dengan manusia.

Episod indah cinta adik terhadap teman wanita mula berubah. Ia mula mengalami garisan hitam apabila teman wanita menunjukkan perubahan dengan menjauhkan diri.

Niat adik menerima dia walau pun apa yang terjadi sesuatu yang baik. Terbukti adik memang mencintainya. Namun, hubungan cinta indah adalah jalinan yang bertimbal balas. Ia memerlukan persetujuan dan kerelaan dua pihak dan dua hati.

Seeloknya, adik perlu bersedia untuk menerima kenyataan jika apa yang dihajatkan oleh adik tidak kesampaian. Teman wanita mungkin mempunyai sebab-sebab tersendiri untuk tidak menerima adik.

Sesukar manapun, adik perlu kuatkan diri adik untuk menghadapi ke­nyataan. Apa yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Memiliki cinta tidak bererti memiliki seseorang.

Cinta yang suci lahir dari hati yang ikhlas dan murni. Memaksa cinta lebih memburukkan keadaan. Lagipun, adik hanya boleh berusaha tapi Tuhan yang menentukan.

Dalam keadaan sekarang, penting untuk adik mengawal emosi. Emosi yang goyah hanya akan mendorong tindakan yang negatif. Fikiran yang berkonflik menjadikan kita bertambah runsing dan akhirnya mengambil tindakan tidak sepatutnya.

Dr tahu ia sukar tetapi berdoalah kepada Allah SWT agar kehidupan adik dipermudahkan. Ba­nyakkan beristighfar kepada Allah SWT.

Kaunseling Remaja @ Harian Metro
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"});


0 comments: