Akak Dibalik Pintu
1001 Macam Cerita Rahsia Di Flat Taman Semarak
Flat Taman Semarak, Nilai dekat sini sebenarnya mempunyai 1,001 macam cerita.
Selepas Jabatan Imigresen negeri menyelamatkan seorang remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditinggalkan bersendirian sehingga kurus kering di flat berkenaan baru-baru ini, malam tadi lain pula ceritanya.
Seorang lelaki warga Kanada berusia 50 tahun yang ditahan dalam Operasi Bersepadu 6P bagi memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) di flat itu pada tarikh di mana remaja OKU ditemui, dibawa kembali ke flat berkenaan untuk siasatan lanjut selepas memberikan kenyataan yang mencurigakan petang semalam.
Hasilnya, lelaki Kanada yang menyara kehidupan dengan mengutip bahan buangan dan mengekstrak tembaga di sekitar Nilai, rupanya membongkar kisah 'cinta gay' dengan seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun di kediaman mereka dalam flat berkenaan, malam tadi.
Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman memberitahu, lelaki tempatan berkenaan pernah bersama warga asing itu ketika menetap di Kanada selama 15 tahun sebelum diusir balik ke negara ini.
innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
"Saya membawa keluar lelaki Kanada itu dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng untuk membuat pemeriksaan lanjut di kediamannya di Flat Taman Semarak Nilai kerana mencurigakan selepas diberitahu dia mengutip sampah, botol dan barangan buangan untuk menyara kehidupan sejak lima tahun tinggal lebih tempoh di negara ini.
"Apabila tiba di unit mereka, kami bertemu dengan seorang lelaki tempatan di situ dan selepas disiasat, dia mengaku lelaki Kanada itu adalah 'kekasih songsangnya' dan mereka memang tinggal bersama.
"Sedih ditinggalkan 'kekasih' lelaki tempatan ini, lelaki Kanada terbabit sanggup datang ke negara ini dan menetap di Nilai kerana mahu bersama. Malah lelaki tempatan itu berkata, 'kami bukan sekadar kawan, kami adalah kekasih'," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambahnya, pasangan gay itu juga menghasilkan lagu, 'electronica' dan boleh didengar dalam laman sosial Facebook, Das Dritte Situatist dan Situatis Das Dritte.
"Nama kumpulan muzik mereka adalah Situatist Deux dan menghasilkan lagu 'electronica'. Turut ditemui dalam rumah berkenaan adalah seekor anjing," katanya.
Menurut Faizal Fazri, keadaan rumah yang didiami pasangan gay ini kotor dan tidak terurus, malah bilik airnya menjijikkan dan sinki pula hampir jatuh.
"Lelaki Kanada itu ditahan untuk siasatan lanjut di depot sama, manakala lelaki tempatan itu disoal siasat sementara menunggu tindakan selanjutnya," kata beliau.
innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";
0 comments:
Post a Comment