Home » » Berzina dengan teman lelaki kerana kecewa dengan ibu bapa

Berzina dengan teman lelaki kerana kecewa dengan ibu bapa

Written By kall on Wednesday, 4 June 2014 | 23:45


Pilihan Anda

Berzina dengan teman lelaki kerana kecewa dengan ibu bapa

PORT DICKSON - "Kehidupan saya lalui sangat tidak keruan dan masalah peribadi cukup membuatkan saya tertekan. Saya mempunyai seorang teman lelaki dan kami pernah terlanjur. Saya kesal apa yang berlaku." Itu adalah pengakuan seorang remaja yang ingin dikenali sebagai Liza, 14, berasal dari Johor.

Dia ditemui wartawan Sinar Harian semasa mengikuti program Jalinan Kasih sebuah rumah perlindungan dari Cheras yang diadakan di Institut Latihan Fama (ILF), dekat sini.

Menurut Liza, dia tahu apa yang berlaku adalah salah dirinya sendiri.

“Tapi jangan salahkan diri saya sepenuhnya. Kasih sayang diberikan teman lelaki lebih melimpah berbanding kasih sayang ibu dan ayah berikan sehingga saya rela melakukan hubungan seks dengannya walaupun baru kenal tiga bulan.

“Kejadian itu berlarutan beberapa bulan sebelum akhirnya saya terdorong untuk bertaubat apabila melihat ibu dan ayah bergaduh besar di rumah.

"Sejak itu, saya jarang keluar rumah. Sebaik pulang dari sekolah, saya terus memerap di dalam bilik,” katanya.

Namun, katanya, keadaan itu hanya kekal beberapa minggu .

“Satu hari seorang rakan perempuan mengajak saya menemaninya ke kenduri kahwin saudaranya, bagaimanapun ia berakhir tragedi apabila saya dibawa ke rumah kosong dan dirogol tiga lelaki yang turut sama ke kenduri itu.

“Akhirnya perbuatan saya selama ini terbongkar apabila ibu meyedari kesan di leher ketika mengejutkan saya. Saya dihukum ibu sebelum membuat laporan polis dan saya dihantar ke rumah perlindungan ini," katanya.
Liza (belakang, tiga dari kanan) bersama rakan-rakannya dari rumah perlindungan.
Menurut Liza, dua bulan lagi dia akan keluar dari rumah perlindungan itu, selepas hampir satu tahun menimba ilmu menginsafi diri.

"Saya juga gembira kerana hubungan ibu dan ayah kembali bertaut," katanya.

Sementara itu, Ketua Fasilitator Program Jalinan Kasih, Zulkefli Mohd Yunus berkata, hampir kesemua peserta dari rumah perlindungan itu datang dari keluarga yang mempunyai masalah perceraian.

“Kita ngeri melihat remaja belasan tahun mengandung tanpa ayah yang sah dan diharap melalui program ini sedikit sebanyak dapat memberi input kepada remaja-remaja ini kembali ke jalan yang benar,” katanya.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"});


0 comments: