Home » » Anak Abby Abadi Rayu 'Abi' Tidak Melepak & Karaoke Lagi

Anak Abby Abadi Rayu 'Abi' Tidak Melepak & Karaoke Lagi

Written By kall on Tuesday, 3 June 2014 | 06:42


Akak Dibalik Pintu

Anak Abby Abadi Rayu 'Abi' Tidak Melepak & Karaoke Lagi


                              
Walaupun dalam masa yang singkat, pelbagai perkara telah berlaku dalam perkahwinan personaliti Abby Abadi dan suami Noor Farhan Che Bakar baik ketika sebelum berkahwin hinggalah di saat menghadapi perpisahan.

Hakim Syarie telah menangguhkan kes pasangan ini sehingga 11 Jun depan sebelum memerintahkan Abby memfailkan satu lagi permohonan bagi mengesahkan terlebih dahulu status lafaz yang dibuat Farhan pada Januari lalu.

Ini kerana Abby mendakwa Farhan pernah mengeluarkan kata-kata kepada rakannya bahawa mereka sudah bercerai pada Januari lalu.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
Sementara itu, dalam pada masa yang sama, anak lelaki sulung Abby, Mohamad Danish Hakim merayu bapa tirinya, Farhan yang dipanggil Abi agar kembali bersama ibunya semula.

Menerusi video yang dikongsikan dalam laman Instagram Abby, hari ini, Danish menyatakan kerinduaan terhadap Farhan. Namun video tersebut dipercayai telah di padam mungkin kerana Danish meminta bapa tirinya supaya tidak mengikut rakan-rakannya berpelesaran dengan melakukan aktiviti karaoke dan mengunjungi cyber cafe pada setiap malam.

“Abang rindu Abi, Abi jangan ikut geng-geng Abi yang pergi karaoke, cyber cafe malam-malam tu. Itu semua duniawi. Ala, Abi kahwinlah dengan Mama balik. Apalah dosa Mama tu Abi?”, antara ungkapan yang diucap oleh Danish menerusi video tersebut.

Walaupun video tersebut dipercayai telah dipadam, tetapi pihak kami akan cuba mendapatkan sedutan video bagi memberikan gambaran kepada anda apa yang cuba dilakukan oleh Abby melalui tindakannya memuatnaik video tersebut.

Ini kerana ada yang mempersoalkan tindakannya itu kerana ada yang merasakan dia mahu memujuk Farhan untuk kembali kepangkuannya manakala tidak kurang yang berkata bahawa Abby cuba untuk membuka aib suaminya yang dinikahi tidak sampai setahun itu. Wallahu’alam.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


0 comments: