Home » » Berniagalah ikut minat

Berniagalah ikut minat

Written By kall on Friday, 2 March 2012 | 07:09

Niaga ikut minat


Pelbagai produk kanak-kanak Mamayaya Zon.


cita-citanya ketika di zaman sekolah untuk menjadi juruterbang, paling tidak pun mahu bergelar pelumba kereta wanita yang hebat.

Tapi itu cerita kira-kira 30 tahun dahulu. dia kini pergi ke bidang yang lebih bersifat feminin dan keibuan iaitu menjual barangan bayi dan spa, sesuatu yang tidak pernah langsung diimpikannya selama hari ini.

Sebenarnya minat berniaga memang tidak pernah padam dalam diri Nefertiti Ahmad Nordin, 38.

Sejak dari sekolah rendah lagi dia telah berniaga kecil-kecilan dan apabila mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat (AS), dia masih berniaga apa saja barang yang boleh mendatangkan duit walaupun sedikit.

Sebaik menjejakkan kaki ke tanah air selepas tamat pengajian, Nefertiti yang mahu dikenali sebagai Taty berkata, dorongan untuk berniaga terlalu kuat sehingga mengambil keputus membuka perniagaan menjual peralatan golf walaupun jurusan pengajiannya dulu adalah berkaitan dengan fesyen.

"Perniagaan barangan golf itu saya buka di Bandar Baru Bangi, selepas lapan tahun dan melahirkan anak ketiga, saya mengambil keputusan menjual perniagaan tersebut.

"Ini kerana suami saya menyuruh saya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada anak dan memberi penyusuan susu ibu sepenuhnya.

"Semasa berpantang anak ketiga, saya begitu gemar melayari Internet mencari pakaian yang cantik-cantik untuk anak saya. Dari situ suami pula beri cadangan supaya saya sendiri menjual baju bayi.

"Saya mulakan pembelian pukal dari pembekal di AS dan kemudian jual semula. Pada mulanya saya mengiklankan produk menerusi portal perniagaan sahaja dan perniagaan saya semuanya dilakukan dari rumah," katanya yang telah memulakan bisnes tersebut secara serius sejak tiga tahun lalu.

Sejak berniaga pakaian bayi dari rumah, Taty tidak berhadapan dengan masalah serius seperti penipuan dan sebagainya.

Sebaliknya, selepas penyertaan perniagaannya dalam portal tersebut mendapat sambutan, Taty mula membina laman webnya sendiri.

"Dari situ saya 'membina' Mamayaya Zone dan tidak sangka sejak ia dibuka saya menerima hitsehingga 1.4 juta dalam masa tiga tahun.

"Bagi saya Mamayaya Zone ini merupakan satu perniagaan ikhlas dari hati seorang ibu kepada ibu lain. Saya juga memastikan perniagaan ini sentiasa dalam momentum yang baik.

" Kalau boleh tempahan yang dibuat hari ini saya akan cuba pastikan pelanggan dapat barang tersebut keesokan harinya," jelas Taty yang juga dilahirkan di Bangi, Selangor.

Dalam pada itu, ketika mengandungkan anaknya yang kelima, Taty punya hobi baru iaitu berkunjung ke spa untuk berurut dan bersantai merehatkan diri.

"Kebetulan kawan sekolah lama saya dulu mahu menjual perniagaan spanya dan tanpa berfikir panjang saya pun mengambil alih.

"Selepas urusan dengan bank siap dalam masa 24 hari, saya kini mempunyai dua perniagaan, satu menjual barangan bayi dan satu lagi spa yang diberi nama Santai Suri.

"Untung saya apabila spa ini saya ambil alih bersama pekerjanya sekali. Saya dapat rasakan tiap rezeki yang saya dapat adalah rezeki anak.

"Tapi sebagai isteri saya sering mengingati diri sendiri apa saja yang kita mahu buat mestilah mendapat izin dari suami, barulah apa yang kita usahakan itu akan dapat keberkatan dari Allah," katanya.

0 comments: