Rahsia kejayaan Norazean
KERJAYA asalnya hanya sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat kontraktor terkemuka di ibu negara, namun sikap degil dalam diri membawanya mencapai kejayaan seperti sekarang.
Sering bertukar syarikat dan mencari pengalaman di tempat kerja baru menjadikan dirinya lebih berdisiplin dan cepat belajar mengenai bidang yang ditugaskan.
Ditambah dirinya yang hanya berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuatkan dia bekerja lebih keras dan rajin bertanya mereka yang lebih berpengalaman sebagai langkah permulaan dalam usaha memajukan diri.
Bagi Datuk Norazean Kadirun, 31, tiada kejayaan mampu dicapai dalam sekelip mata kerana baginya kejayaan menuntut seseorang melakukan pengorbanan sama ada tenaga, masa mahupun wang ringgit
“Saya memulakan alam pekerjaan seawal usia 19 tahun. Jika ramai remaja seusia memilih menyambung pelajaran ke pusat pengajian tinggi, saya pula memilih untuk bekerja kerana tidak minat sambung belajar.
“Pada awalnya ibu bapa tidak bersetuju dengan keputusan itu, namun saya terangkan dan meyakinkan mereka bahawa saya juga boleh berjaya seperti graduan universiti,” jelasnya sambil tersenyum mengimbau kembali kenangan sewaktu zaman persekolahan.
Selepas lebih lapan tahun menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang tugasnya di samping sering mendapat pujian pelanggan mengenai kredibiliti dirinya, majikan mencadangkan Norazean membuka syarikat sendiri berbekalkan pengalaman dimiliki.
Bagai orang mengantuk disorong bantal, Norazean gembira dan terkejut dengan kenyataan majikannya lantas berfikir sebelum memberanikan diri membuat keputusan.
Hasil perbincangan dengan keluarga, mereka turut menggalakkan Norazean menceburi bidang perniagaan, ditambah dia memiliki hubungan baik dengan pelanggan syarikat majikannya sebelum ini.
Lantas dengan penuh yakin Azean memberanikan diri membuka syarikat pertamanya iaitu Era Destinasi Gemilang Sdn Bhd sebagai langkah permulaan dengan membekalkan alat tulis, cenderahati, perabot, peralatan sukan dan lain-lain.
Tanpa disangka perniagaannya mendapat sambutan menggalakkan, terutama daripada jabatan kerajaan yang memintanya membekalkan peralatan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Saya bersyukur dengan rezeki dikurniakan dan mula bekerja lebih keras bagi mengukuhkan perniagaan. Benar kata orang, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
“Meskipun tidak memiliki kelulusan tinggi, saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa kejayaan hanya mendekati mereka yang berusaha keras, bukan semestinya yang berpendidikan tinggi,” kata ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini.
Melihat perkembangan positif syarikatnya, Norazean terfikir mahu mempelbagaikan produk keluaran syarikatnya dengan menghasilkan lebih banyak produk berkualiti setanding yang diimport.
Mengakui sukakan cabaran, anak ketiga daripada lima beradik ini mula mencari idea membuka perniagaan yang tidak banyak dimonopoli Bumiputera.
Selepas lebih lima bulan membuat kajian dan penyelidikan mengenai harga, kualiti dan prestasi di pasaran, akhirnya Norazean bertekad membuka perniagaan perabot yang 90 peratus diusahakan masyarakat Cina.
“Berbekalkan modal sendiri sekitar RM600,000 saya membuka Zie Furniture Custome Made Design yang menyediakan perkhidmatan membuat kabinet, dapur, almari, meja makan, meja pejabat, rak laci, almari televisyen dan lain-lain.
“Kami turut menyediakan perkhidmatan lakaran, sebut harga, contoh material serta surat perjanjian kerja kepada pelanggan dengan harga berpatutan,” katanya.
Norazean mengakui, komunikasi baik dan tidak malu bertanya antara petua dia mampu mempertahankan syarikat Zie Furniture Custome Made Design sejak dibuka tiga tahun lalu.
Berkat kerja kerasnya, Zie Furniture kini menjadi pembekal barangan dan perabot kepada beberapa jabatan kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Bercerita mengenai persaingan, Norazean berkata, dia tidak pernah menganggap dirinya mempunyai pesaing, malah sentiasa berfikiran positif kerana yakin setiap perabot ada keistimewaan masing-masing.
Ketika ditanya mengenai kelebihan perabot keluaran syarikatnya, Norazean menjelaskan, perabot keluarannya lebih murah, berkualiti di samping pelanggan boleh membuat rekaan sendiri mengikut cita rasa mereka.
“Memandangkan kami membekalkan perabot buka dan pasang, pelanggan diberi hak mereka kabinet atau peralatan lain mengikut kehendak sendiri dan kami akan cuba penuhi.
“Perabot Zie Furniture menggunakan kayu berkualiti tinggi seperti nyatoh, solid dan fomeca yang diimport dari China supaya perabot dihasilkan lebih tahan lama.
“Pelanggan di luar Lembah Klang turut berpeluang mendapatkan perabot keluaran Zie Furniture kerana kami bersedia ke tempat mereka meskipun berlainan negeri dan daerah,” katanya.
Orang ramai yang berminat mengetahui lebih lanjut boleh kunjungi ke Zie Furniture Sdn Bhd, No: 12, Jalan TIB 1/4, Taman Industri Bolton, 68100 Batu Caves, Selangor.
PROFIL
NAMA: Datuk Norazean Kadirun
UMUR: 31 tahun
ASAL: Tampin, Negeri Sembilan
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia
JAWATAN: Pengarah Era Destinasi Gemilang dan Zie Furniture
SUAMI: Mohd Azahari Mohd Nazir
ANAK: Kyra Qistina, tujuh bulan
1 comments:
zzzzz2018.8.3
nike blazer pas cher
supreme clothing
christian louboutin shoes
red bottom shoes
louboutin shoes
air jordan 4
nike factory store
pandora
coach outlet
fitflops sale clearance
Post a Comment